Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438 - Arena Kereta

Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438

Proton Saga SV

PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.

Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Model ini merupakan variasi dari model Saga FLX dan fungsi keselamatannya hampir sama.

Harga ntuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini.

Terbaik!(2)Booo~(0)

25 Comments

  1. Cerato man

    June 16, 2013 at 8:38 am

    Murah2..hanya rm250 sebulan memang berbaloi

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • k.69

      June 16, 2013 at 11:29 pm

      Hrga tu utk thun pertm je..thun setrsnye rm400 sbln

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Hafiez

    June 16, 2013 at 2:25 pm

    Tumpang tanya. macam mana plak dengan proses pembelian? bayar muka 10% dan loan sehingga 15 tahun dan konsep pembayaran sama seperti loan rumah. Ramai terpedaya dengan bulanan Rm250 ni. Harap ada pencerahan yang sahih mengenainya.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • atlashukry

      June 16, 2013 at 7:35 pm

      Tu lah saya pun tertanya2.. kalau ikut perkiraan biasa mcm kereta yang lain tak dapat RM250..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Alson P

        June 16, 2013 at 7:47 pm

        Cuba guna loan calculator di bawah page.....

        http://www.proton-edar.com.my/Experience/Models/Saga-FL/PricingSpecs-%284%29.aspx#ModelContentCalculatorIcon

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. man

    June 16, 2013 at 2:36 pm

    Proton SV, Visior tak ada dan lampu di boot belakang tak ada. Melampau......

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Alson P

      June 16, 2013 at 7:58 pm

      Saga SV juga upgrade ciri-ciri keselamatan seperti berikut :-

      - ASEAN NCAP three-star rated
      - now features two airbags
      - both front and rear impact aspects have been upped
      - front features a new bumper beam
      - the rear bumper gets packed with foam
      - a reinforcement “V” bar in the rear bulkhead that separates the boot from the cabin
      - front door also features side impact reinforcement bars
      - center pillar has also been strengthened
      - rear centre lap seatbelt has been replaced with a three-point seat-belt
      - front seatbelts now have per-tensioners
      - Saga SV also features a child restraint anchorage for the rear seats

      Ada kurang sedikit accessories tapi tambah baik dari segi keselamatan.....

      Terbaik!(0)Booo~(1)
    • kebebasan memaku

      June 16, 2013 at 8:37 pm

      sila lah beli viva basic.. lagi apa pn xda... kotak besi dan engine shaja..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Harith

    June 16, 2013 at 6:16 pm

    Aku rasa tuk kakitangan kerajaan jek....rm250 sbln

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Alson P

      June 16, 2013 at 8:03 pm

      erk... Cuba anda gunakan Loan Calculator di laman proton Edar..... Mungkin bayaran muka 20%.....

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. samsulnazri

    June 16, 2013 at 10:10 pm

    ni kalau guna viva
    http://suarainsan.com/gambar-kemalangan-perodua-viva-di-shah-alam-16-jun-2013/

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Mie

    June 16, 2013 at 11:13 pm

    Blnan 250 utk ansuran dr1-3 thun..thun seterusnya akn meningkat ke 3rtus lbeh...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Harith

    June 17, 2013 at 12:57 am

    Ini semua trick jek nak turunkan harga kenderaan pasal manifesto heh...drpd turunkan harga saga baik turunkan harga cam proton preve jek nak jugak aku beli...padahal keta nasional..knpe mhl benor keto malaysia nih..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. sembam

    June 17, 2013 at 5:07 am

    Tahniah kpd proton. Harga yg sgt menarik dan saingan yg sengit utk viva s.

    Agak2 proton ada berminat nak buat saga sv hatchback? Ada juga pembeli yg tidak memerlukan 'boot space' dan hanya perlukan kereta yg kompak shj (sbg second car atau utk town driving, senang nak parking).

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. kawat

    June 17, 2013 at 7:48 am

    La ni aku kt Turkmenistan...kepala pun sakit sebab kalau tengok harga 33 ribu kat sini dah boleh pakai Lexus...GS lagi. Tak cemburu ka?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • duri kawat

      June 17, 2013 at 9:03 am

      la ni aku kat gohead gostan...kepala lg sakit tengok harga lexus gs 33k.kat sini lamborghini veneno baru 25k.....cemburu x? *(sembang x kene bayo)

      Terbaik!(1)Booo~(0)
    • farghmee

      June 17, 2013 at 10:21 am

      wahhh...

      typical gaji org tempatan turkeministan bape rm/bln ek?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. speed

    June 17, 2013 at 11:17 am

    OK la tu.. Padan la dengan harganya.. hehe..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. myvitrd

    June 17, 2013 at 12:38 pm

    ada yang dah gi ke dekat proton showroom.. sebab napa ramai cakap yang 250 bayaran untuk bebrapa tahun je.. lepas tu meningkat jadi lebih mahal.. macam mana dia kira

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      June 17, 2013 at 1:26 pm

      cmtu la dia kira.

      +- cm loan rumah. dia x fix.
      mgkn thn pertama rm250/bln
      thn ke-2 rm300/bln
      thn ke-3 rm400/bln

      cmtu la

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • hamid

        June 17, 2013 at 8:49 pm

        dekat2 dgn raya ni tentu la ada yang pandai kipas murah la, turun harga la,,janji depa masuk...haha sekali terikat kompom dekat sembilan tahun la dok bela bank...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • farghmee

          June 18, 2013 at 9:20 am

          nk buat cmne..
          kalu dh perlu, beli aje.
          kalu xperlu, xyh beli.

          Terbaik!(1)Booo~(0)
  12. aman

    June 18, 2013 at 12:01 am

    Macam pelik ja..macam mana depa kira sampai jadi monthly RM 250 tu?...konfius betoi!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. lempeng

    June 18, 2013 at 8:42 am

    Seingat aku la, model saga yang rupa macam ni dah lebih 5 tahun. Patutnya dah kena tukar. Balik-balik tukar varian aje. Rupa tak tukar. Mentaliti tak tukar.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      June 18, 2013 at 9:38 am

      Mmm... proton saga generasi baru launch pada 2008, facelift dgn nama saga flx launch 2011. Varian terbaru saga flx sv launch 2013. Model nie akan direplace dlm 2, 3 tahun lagi kot, biasanya cukup 5 tahun model lama akan ada penggantinya. How about myvi?

      cheers!

      Terbaik!(2)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>