Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan - Arena Kereta

Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

sv6

Agak menarik dan menjadi perbualan hangat di kalangan pencinta kereta apabila Proton mengiklankan Saga SV dengan harga bulanan serendah RM250. Banyak pihak yang teruja dengan bayaran bulanan serendah itu dan ini merupakan satu strategi pemasaran yang sangat bagus daripada Proton.

Namun begitu, daripada apa yang kami baca, bayaran serendah RM250 ini hanyalah untuk tahun pertama sahaja. Tahun kedua dan tahun seterusnya, bayaran tersebut akan meningkat secara berperingkat. Untuk makluman lanjut, bolehlah ke bilik pameran Proton berdekatan anda.

Dengan pelancaran Proton Saga SV, Proton Holdings merancang untuk menuntut kembali status pengeluar utama negara di dalam tiga tahun.

“Proton telah meletakkan sasaran tiga tahun untuk kembali menjadi nombor satu di Malaysia,” kata pengerusi esekutif Proton Tan Sri Mohd khamil.

sv

Sabtu lepas, Proton telah melancarkan kereta mampu milik, dikenali sebagai Proton Saga Super Value (SV), dalam usaha menjana penjualan dan pasaran.

Khamil turut berkata, syarikat telah pun mula merancang untuk menghasilkan model bagi menggantikan Saga yang popular.

“Ianya sebuah model yang baru sepenuhnya,” jelas beliau selepas pelancaran Saga SV.

sv5
Khamil turut menjelaskan, disamping melancarkan model baru, Proton kekal komited dalam mengurangkan harga kereta tanpa menjejaskan keselamatan dan kualiti.

“Saya fikir ini (mengurangkan harga kereta) ialah usaha beterusan oleh kerajaan untuk memenuhi janjinya kepada rakyat.

“Kami mengekalkan nilai kejuruteraan, jadi walaupun harga rendah, kualiti serta keselamatan dan ciri-ciri ditambah baik,” kata beliau.

Khamil berkata Proton telah menyemak semula sasaran jualan Saga SV menjadi lebih dari 2,000 unit sebulan.

“Pada mulanya, sasaran jualan sebulan ialah 2,000 sebulan, tetapi melihatkan sambutan orang ramai, kami telah meningkatkannya menjadi lebih dari 2,000.”
sv2

Proton menyasarkan untuk menjual 80,000 kereta pada hujung tahun, yang mana mewakili lebih kurang 30 peratus dari pasaran.

“Saga Sv akan membantu meningkatkan jumlah jualan, turut meningkatkan pemdapatan Proton,” tambah beliau.

Proton, telah melancarkan Preve di Jakarta pada minggu lepas, juga bakal mengeksport Sga SV ke Indonesia pada masa hadapan.

Terbaik!(4)Booo~(0)

32 Comments

  1. sky8men

    June 18, 2013 at 11:06 am

    ada plan pembayaran dia tak lepas setahun..berapa pula bayaran bulan2..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • TIEY

      June 18, 2013 at 12:14 pm

      KNAPA HARGA X DI SELARASKAN DI SABAH...MM.....

      Terbaik!(2)Booo~(1)
      • shasha

        June 18, 2013 at 11:19 pm

        yala??...knapa d sabah x d selaraskan?.......-_-

        Terbaik!(3)Booo~(1)
  2. ePinX

    June 18, 2013 at 12:15 pm

    nampak gayanya negara akan mengalami kesesakan jalan raya yang lebih serius, harga kereta semakin murah mampu milik. Kerajaan kena lakukan perancangan awal mewujudkan sistem jalan raya yang lebih teratur. Rakyat 1 Malaysia (JANJI DITEPATI) tidak digalakkan menggeluh dan menuding kepada sesuatu pihak cari altanatif lain untuk mengelak kesesakan jalan raya.

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • pencinta kereta

      June 18, 2013 at 3:36 pm

      bende nih pung aku ade pikir jugak... dah tu awatnye mereka yang gelojoh amat nak harge kete turun tanpa pikir kesannya ?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      June 18, 2013 at 4:22 pm

      sekarang pn dh serius.

      cepat2 la naiktaraf pengangkutan awam.

      penggal lepas sudah tabur janji, in masa tunaikan lah!

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. TAUFIQ

    June 18, 2013 at 2:01 pm

    Salam,

    Den nok mintok kebenaran admin untuk share maklumat di AK. dengan blog den. boleh ke dok?

    Sekian
    Salam

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. lika

    June 18, 2013 at 5:27 pm

    kene bayar pendahuluan ke????

    tiap-tiap bulan kan bayar RM250.00 kan??

    tapi selame 9tahun la ye???...

    auto kan???...

    Terbaik!(0)Booo~(7)
    • miss_A

      June 18, 2013 at 9:29 pm

      @lika, last week saya ke proton dealer nak tnye berkenaan bayaran rm250/month, salesmen to beritahu maybank buat promo 250/month tapi utk thn pertama je, 2nd year & seterusnya akan meningkat sedikit demi sedikit ansuran bulanan tu..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • ravi kumar

        July 5, 2013 at 1:03 pm

        betul kawan . ikut iklan 250 ringgit sebulan mcm sepanjang 9 tahun . bila pg shwroom kata thn pertama je 250 . pas 2 lebih 300 sbln . mcm x kena kan iklan 2 . mcm nak tipu rakyat ja

        Terbaik!(2)Booo~(1)
  5. faelyn

    June 18, 2013 at 8:50 pm

    ne kereta mampu milik sampai bila?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Zailia

    June 19, 2013 at 12:33 am

    RM250 sebulan utk Proton Saga SV 1.3 (M) Solid.
    Anda mesti bayar d/p 10%. Tahun pertama RM250, tahun ke-2 hingga 3 RM310, tahun ke-4 hingga 6 RM410 dan tahun ke-7 hingga 9 RM500 sebulan. Keseluruhannya lbh kurang 4.5% setahun interestnya.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • rozman

      June 19, 2013 at 11:56 am

      Elok buat loan biasa je, rate interest dia tetap habis citer....harga pun dah ok dengan mengurangkan sedikit asesori untuk harga 'mampu milik'...Kalau tak mampu, beli kereta second hand jer....Itu jer cara daripada menyeksa diri bayar hutang sampai 9 tahun...Kalau anak umur 9 tahun, dah besar tu tapi kita masih sibuk dok bayar hutang...Fikir sedalamnya sebelum buat keputusan, gaji rm2000 pun sekarang masih ditahap miskin...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Hadi-Yahya

        June 20, 2013 at 8:57 am

        dah tu yg aku nih gaji 8** jer ???????????? ini tahap papa kedana nih :3 adoiiii la. tak mampu la gamak nyer :3 butuh. lebih kurang jer kalo bayaran nyer seperti ""bayar d/p 10%. Tahun pertama RM250, tahun ke-2 hingga 3 RM310, tahun ke-4 hingga 6 RM410 dan tahun ke-7 hingga 9 RM500 sebulan. Keseluruhannya lbh kurang 4.5% setahun interestnya."" <-- nih ha mcm di atas katakan. adoiiii ~

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • alvee

      June 19, 2013 at 12:50 pm

      ni kalau ikut kiraan aku harga semua sekali smpai 9 tahun rm43,+++..haihh betul ke??

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. veleryn88

    June 20, 2013 at 11:04 am

    proton sv tdak d lancar kan d sabahkkh??

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  8. warga johor

    June 20, 2013 at 2:59 pm

    proton janji benar dgn rakyat bg harga murah,tp bank mencekik... baik kerajaan sruh bank jgn menyeksa rakyat dan permudahkn loan bg rakyat biase spt kami ni y bukan kaya spt kerajaan..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  9. husaif

    June 20, 2013 at 3:49 pm

    Ini namenye kereta mampu milik setahun je..buang mase je.baik xpayah buat..

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  10. aida lee jamaludin

    June 20, 2013 at 4:03 pm

    ok la 2 klau proton wt cm2,at least bgi org yg b'pendapatan sederhana mampu memiliki kereta sendiri.
    jika dibandingkan dgn kereta perodua,hrga perodua mahal ag,harga saga sv ni lbih kurang sme dgn viva. viva kecil sgt,saga besar lg,x sesuai utk yg ad family.lw dia naik ckit lps setahun xpe,kerja da stabil.so xde masalah nk byr cz hrga dia x mahal sgt..:)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Fauziah

      June 20, 2013 at 6:47 pm

      Btullah 2 tapi untuk setahun jelah yang mampu pas 2 kan bulanan meningkat...
      harga barang @ segala kos pun meningkat ..

      Hmm.......bak kata pepatah cik POZAN kitelah biar jelah janji org kaye bertambah
      kaye orang miskin bertambah melarat..

      waahualam...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • fauzan

        June 21, 2013 at 8:51 am

        Mmm... hello cik adik, jgn buat fitnah ye. sy x ckp camtu... x takut dosa ek?

        Cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • rozman

      June 21, 2013 at 8:34 am

      Rakyat Malaysia mengharapkan Proton untuk memenuhi impian setiap rakyat Malaysia memiliki sebuah kereta, tetapi jika Proton juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan impian rakyat Malaysia memang tak ke mana la...Pak Menteri ada memberitahu dalam bual bicara bersama media, adalah menjadi kesukaran kerajaan Malaysia menurunkan cukai kereta kerana rm7 bilion sumbangan cukai adalah melalui penjualan kereta, sekiranya dimansuhkan akan menyebabkan kemajuan negara terencat kerana kerajaan masih tidak mempunyai cara menggantikan cukai kereta dengan cukai lain...

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • shukrocco

        July 16, 2013 at 10:16 am

        kerajaan kutip cukai 7bilion setahun dri pnjualan kenderaan...tp jln raya kat malysia nie bukan seperti yg kite harapkan..jlan teruk..berlubang2..kurg selamat..xseprti negara maju lgi..buat jaln baru,tp bru bberape minggu rosak balik..projek juta2,tp kualiti jln xde.....kalo nak selesa kite terpaksa melalui lebuh raya yg kene bayar tol...bayar lgi..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • TAHIR BERAHIMA

          July 17, 2013 at 10:14 am

          lubang jak tak apa..ini bole buat kolam ikan taraf lubang tu terutamanya d sabah..

          Terbaik!(1)Booo~(0)
        • zaidi irwan

          August 2, 2013 at 11:03 pm

          apa pon kalo nak pakai..beli jew, xnak pakai jngn beli..sbb kereta lama pon masih laku lagi...sekian terima kasih..

          Terbaik!(0)Booo~(1)
    • saabby

      November 5, 2013 at 11:26 pm

      Kalaupun saga sv ni murah giler tp kena pikir bab minyak die gak..saya dah pakai saga sv ni tp mmg minyak die cekik darah.ni baru yg manual...abah saya pakai viva auto 2x gander jimat die..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. tomtum

    June 20, 2013 at 4:13 pm

    Saya rasa kalau nak buat pinjaman cara biasa pun boleh. Setuju dgn Aida..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. man

    June 20, 2013 at 11:48 pm

    Jangan berfikiran negatif dan buruk sangka, bersyukur dgn apa yg kita ada.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • REal name man

      June 20, 2013 at 11:59 pm

      biar jelah janji org kaye bertambah
      kaye orang miskin bertambah melarat..bersyukur jeh...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. budak nakal..

    June 21, 2013 at 1:42 pm

    tip[u semua ni tahun pertama jer rm250.. selepas tu menikngkat sampai 400.. cuba campur2 semua pastu bahai dengan 9 tahun bayar.. bulan2 sama macam bayar rm400 sebulan.. bnggang punya proton termasuk menteri yang tersengih macam babi sial.. kat sabah bukannya 250 tapi 280 - rm320.. bangang proton

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  14. Yok Rempitan

    July 17, 2013 at 7:49 am

    SY tak fahm kenapa bila ansuran bulanan mahal proton yang dipersalahkan. Langsung tiada kaitan lainlah kalu pemberi pinjaman itu adalah proton juga. Masalah pinjaman mahal komplenlah pada bank.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. zaidi irwan

    August 2, 2013 at 11:04 pm

    tapi kena kaji selidik balik..aku sendiri pon teringin jugak nak pakai kereta proton baru ni..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>