Nissan Serena S-Hybrid Bakal Dilancarkan Di Malaysia 23 Julai Ini

serena2

Nissan bakal melancarkan model terbarunya iaitu Nissan Serena Smart Hybrid (S-Hybrid) pada 23 Julai ini. MPV hibrid pertama di Malaysia ini pastinya akan menjadi rebutan ramai kerana ia dijangkakan lebih murah berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang lain.

Nissan Serena S-Hybrid bakal diimport sepenuhnya daripada Jepun untuk mendapatkan perlepasan cukai daripada kerajaan Malaysia. MPV ini bakal dijana denganan enjin 2.0 liter MR20DD dengan 147 PS dan 210 Nm. Perlu diingatkan bahawa model ini bukanlah hibrid sepenuhnya seperti model yang dikeluarkan oleh Honda dan Toyota.

Didatangkan dalam 4 warna iaitu Dark Purple, Super Black, Pearl White, Brilliant Silve, Nissan Serena S-Hybrid sudah pun dibuka untuk tempahan awal. Penempah awal bakal mendapat kadar pinjaman serendah 2.38%, pakej servis percuma dan pakej insuran percuma.

Sama-samalah kita nantikan harga rasmi Nissan Serena S-Hybrid yang bakal diumumkan pada 23 Julai ini.

Terbaik!(0)Booo~(0)

6 Comments

  1. Salam Ramadan

    July 11, 2013 at 12:43 pm

    Mini Alphard!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. duan

    July 11, 2013 at 1:38 pm

    Tak la mini sangat.... kalau 130k berbaloi2 dari alphad. Bentuk depan totally berubah, i like.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kepalaHybrid

      July 11, 2013 at 4:52 pm

      betulke RM130k berbaloi? duti eksais takde so bawah RM100k? RM80k...

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  3. naimzain

    July 12, 2013 at 11:54 am

    dsign blkang nmpk too square n bigger...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. zack1981

    July 17, 2013 at 10:43 am

    knp lampu blkg nmpk mcm kenari je?.. lawa kat depan kat blkg nmpk tak elok

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. zack1981

    July 17, 2013 at 10:44 am

    harga mungkin dlm lingkungan 160k

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>