Facelift Kecil Untuk Kia Sportage R Bagi Pasaran Korea - Arena Kereta

Facelift Kecil Untuk Kia Sportage R Bagi Pasaran Korea

kia3

Daripada apa yang dilihat di sini, rekabentuk Kia Sportage R baharu kelihatan segar dengan gril hadapan bersama lampu kabus baharu, kombinasi lampu belakang dari LED, membuatkan facelift ringan ini meninjolkan imej sporty dan elegan Kia Sportage.

Dari sudut hiasan dalaman pula, TFT LCD 4.2 inci super vision cluster digunakan seperti yang terdapat dalam model-model Kia yang baharu (Kia K5), Sistem Flex Steer yang mempunyai 3 mode pemanduan (ECO, Normal dan Sport).

kia5

Di samping itu juga, rekabentuk rim aloi yang serba baharu, untuk variasi 2.0 T-GDi, tempat duduk depan dan belakang mempunyai sistem pemanasan serta sistem pengudaraan, sistem audio yang baharu dengan TFT LCD bersaiz 4.3 inci, UVO eService, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan juga Sistem Bantuan Parking (SPAS).

Penuh dengan ciri-ciri yang dinaiktaraf serta sangat menarik. Apa pendapat anda tentang facelift terbaru untuk Kia Sportage R yang baharu ini? Teruskan membaca untuk melihat lagi beberapa keping gambar terbaru Kia Sportage R.

Terbaik!(2)Booo~(0)

3 Comments

  1. zack1981

    July 17, 2013 at 10:40 am

    jarang nampak kia sportage ni di jln raya. agak rare

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. duan

    July 18, 2013 at 12:50 pm

    Betul jugak....kenapa yek?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. kudin

    July 23, 2013 at 4:42 pm

    biasalah 2nd value..tapi dah makin naik kia ni..model dulu x ada sunroof..skg dah ada..tapi hg dah seratus lebih..ramai terus angkat vellfire tak sampai 2ratus k

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>