Gambar-Gambar Rasmi Honda Fit/Jazz 2014

jazz

Kita telah lihat beberapa keping gambar Honda Fit/Jazz generasi baharu yang tertiris, namun kali ini Honda telah memaparkan beberapa gambar yang rasmi. Rekabentuk seakan dari 2012 Honda Insight dengan sudut lampu hadapan serta bumper hadapan yang besar.

Bahagian belakang kereta ini jelas kelihatan lampu belakang yang rekabentuknya seakan diambil ilham dari Volvo, juga mempunyai bumper rekabentuk baru dengan lubang laluan udara.

Dari koleksi gambar ini dapat digambarkan yang variasi hibrid bakal menggunakan enjin empat-silinder baru, 1.5 liter Atkinson-cycle yang bergabung dengan motor elektrik berkuasa tinggi serta bateri litthium-ion dan juga transmisi tujuh kelajuan dwi klac.

jazz3

Dengan gabungan ini, Honda Fit/Jazz Hibrid 2014 mencapai tahap penggunaan bahan bakar hanya 2.7 liter per 100km.

Honda Fit/Jazz Hibrid 2014 didatangkan dengan tiga pilihan corak pemanduan; EV, Hibrid dan Enjin, bermaksud ianya mampu dipandu dalam keadaan motor elektrik sepenuhnya yang mana sifar pencemaran, sebagai hibrid atau sebagai enjin konvesional biasa.

Keterangan lanjut tentang model ini boleh diketahui semasa pelancaran model ini di Jepun yang dijadualkan September ini. Apa kata anda mengenai rekabentuk terbaru Honda Fit/Jazz 2014 ini?

 

Terbaik!(5)Booo~(2)

8 Comments

  1. anak_berudu

    July 22, 2013 at 11:02 am

    wahh..mantap gak kan design Jazz terbaru ni?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Que Achmad

    July 22, 2013 at 11:50 am

    nice, cantik... Nak beli

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. qal

    July 22, 2013 at 1:22 pm

    depan dia ada ala2 Proton Emas

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  4. sembam

    July 22, 2013 at 3:13 pm

    Transmisi 7 kelajuan dan dwi klac, tak sabar nak baca review. Tapi kenapa ketot sangat tombol gear tu?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Fakarepain

    July 22, 2013 at 5:24 pm

    Dari depan nampak macam honda crv..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. duan

    July 23, 2013 at 12:58 pm

    Cun...dia punya design belakang jauhla cantik dari preve hb.

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  7. wira_evo

    July 25, 2013 at 4:58 pm

    Yg ni kalo msuk msia same ke ngan harga jazz skarang?

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • jazz gurl

      May 15, 2014 at 5:59 am

      Harga hrp2 xdela mahal..dh lama usha..dealer ckp 21.6.14 br kursus honda br ni..pe2 pun aku dh bayar booking.xde la waiting list pjg sgt.aku rasa dlm 90++ rege

      Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>