Bagaimanakah Sistem VTEC Dalam Enjin Honda Berfungsi?

vtec

VTEC- Bahagian 1

Info lapuk? Baca dahulu, baru cerita. AK percaya masih ramai lagi tidak faham bagaimana VTEC Honda berfungsi. Nukilan ini merupakan asas sebelum kita memahami perbezaan antara sistem-sistem lain yang dibangunkan seperti VVTi dan MIVEC. Mari kita fahami dulu setiap satunya, dan di kemudian hari barulah kita bezakan sistem yang mana lebih bagus, mana lebih hebat.

Mari kita mulakan dengan sedikit pengenalan. VTEC (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control) adalah sistem valvetrain yang dibangunkan oleh Honda untuk meningkatkan kecekapan isipadu sebuah enjin pembakaran dalaman-empat lejang (four-stroke internal combustion engine).

Sistem VTEC menggunakan dua profil camshaft yang dipilih/ditukar (antara dua profil) yang secara hidraulik. Ia dicipta oleh jurutera Honda Ikuo Kajitani, dan merupakan sistem yang pertama seumpamanya. Sistem seumpama ini juga telah dibangunkan oleh pengeluar lain (MIVEC dari Mitsubishi, AVCS dari Subaru, VVT-i/VVTL-i dari Toyota, VANOS dari BMW, VarioCam Plus dari Porsche, NeoVVL dari Nissan, dan sebagainya).

Jika anda tahu bagaimana sesebuah enjin kereta beroperasi, sudah tentu anda tahu tentang injap yang membolehkan udara masuk ke dalam enjin dan membenarkan asap ekzos keluar daripada enjin. Anda juga pasti tahu tentang camshaft yang mengawal injap yang disebutkan tadi. Camshaft menggunakan cuping berputar (lobes-berbentuk seakan telur dari pandangan sisi) yang menolak injap untuk membuka dan menutup kemasukan dan pengeluaran udara. Dapat anda bayangkan?

Ternyata bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara cara cuping tadi bergesel di camshaft dan cara enjin berfungsi dalam rpm berbeza . Untuk memahami mengapa ini berlaku, bayangkan bahawa kita sedang menggerakan sebuah enjin dengan sangat perlahan (pada hanya 10 atau 20 rpm). Ini menyebabkan omboh memakan masa beberapa saat untuk melengkapkan satu kitaran. AK percaya, sudah tentu pendidik anda di kolej/university pernah menunjukkan bongkah enjin terbelah dengan omboh bergerak untuk menunjukkan kaitan antara omboh, camshaft dan injap di kelas automotif.

Di sini, apa yang kita mahu lihat ialah geselan camshaft yang mana akan menggerakkan omboh ke bawah (dalam strok pengambilan), dan injap pengambilan akan dibuka. Injap pengambilan akan ditutup sebaik sahaja omboh sampai ke dasar. Kemudian injap ekzos akan dibuka sebaik sahaja omboh mencecah dasar di lejang pembakaran dan akan ditutup semula sebaik sahaja omboh melengkapkan lejang ekzos.

Bagaimanapun, apabila anda meningkatkan rpm, konfigurasi camshaft seperti yang diterangkan di atas tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Jika enjin sedang berjalan pada 4,000 rpm, injap akan dibuka-tutup 2,000 kali setiap minit, atau tiga puluh hingga empat puluh kali setiap saat. Apabila injap pengambilan terbuka betul-betul di atas lejang pengambilan, ternyata bahawa omboh mempunyai banyak masalah untuk mendapatkan udara yang bergerak ke dalam silinder dalam masa yang singkat (kurang dari sesaat).

Oleh itu, pada julat rpm yang lebih tinggi anda mahukan injap pengambilan untuk dibuka sebelum strok pengambilan – supaya pada masa omboh mula bergerak ke bawah dalam strok pengambilan, injap terbuka dan udara bebas masuk ke dalam silinder sepanjang lejang pengambilan. Untuk prestasi enjin maksimum pada kelajuan enjin rendah, injap perlu dibuka dan ditutup berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan pada kelajuan enjin yang lebih tinggi.

Jika anda masukkan low-speed camshaft, ia akan mengurangkan prestasi enjin pada kelajuan tinggi, dan jika anda masukkan high-speed camshaft pula, ia akan mengurangkan prestasi enjin pada kelajuan rendah (dan dalam kes-kes yang melampau boleh membuat ia sangat sukar untuk menghidupkan enjin!).


Operasi pertukaran antara kedua-dua “lobes cam” dikawal oleh ECU yang mengambil kira tekanan minyak enjin, suhu enjin, kelajuan kenderaan, kelajuan enjin dan kedudukan pendikit. Menggunakan input ini, ECU diprogramkan untuk menukar dari lobe lif rendah kepada lobe tinggi yang mana akan menghasilkan output enjin yang lebih baik.

Pada ketika suis solenoid digerakkan, ini membolehkan tekanan minyak dari injap spool untuk mengendalikan pin pengunci yang akan mengikat cam rpm tinggi kepada cam rpm rendah. Dari sini, injap dibuka dan ditutup mengikut profil cam tinggi tadi, yang akan membuka injap lebih luas untuk jangka masa yang lebih lama.

Titik switch-over (penukaran dari profil rendah ke tinggi) adalah berubah-ubah, antara titik minimum dan maksimum, ditentukan oleh beban enjin. Penukaran kembali dari cam tinggi ke cam RPM rendah (switch-down) dijangka berlaku pada kelajuan enjin yang lebih rendah daripada switch-over untuk mengelakkan keadaan di mana enjin diminta untuk beroperasi secara berterusan pada atau sekitar titik switch-over.

Kesimpulannya, VTEC adalah satu sistem elektronik dan mekanikal dalam beberapa enjin Honda yang membolehkan enjin mempunyai dua camshaft dengan berkesan tanpa masalah. Apabila enjin bergerak dalam julat rpm yang berbeza, komputer enjin akan mengaktifkan “alternate lobes” pada camshaft dan akan mengubah timing cam tersebut. Dengan cara ini, sesebuah enjin boleh mendapat kelebihan low-speed camshaft dan high-speed camshaft dalam enjin yang sama. Konsep yang sama seperti twincharging dalam nukilan lepas

Selesai sudah nukilan VTEC bahagian 1. Dalam nukilan seterusnya (VTEC bahagian 2), kami akan bawakan jenis-jenis VTEC yang wujud, dipasang dalam kereta apa, dan apa kelebihan dan kelemahan tiap satu. Untuk melihat VTEC dalam dunia nyata (bukan 3D), sila tonton video di bawah. Diharap anda telah belajar sedikit sebanyak daripada nukilan ni. Jumpa lagi di nukilan info yang lain.

Terbaik!(0)Booo~(2)

40 Comments

  1. fauzan

    August 23, 2013 at 11:22 pm

    Mmmmm..... Try test dengan proton suprima tgk...takat enjin v tec mudah jer kena mkn asap...wakaka...

    Salam n cheers!

    Terbaik!(7)Booo~(14)
    • mat

      August 23, 2013 at 11:40 pm

      utk pengatahuan, enjin vtec adalah turbo killer

      Terbaik!(6)Booo~(6)
      • calsonic

        August 26, 2013 at 11:58 am

        ko tau vtec je..
        neo vvl ko x tau mcm mane die pny pergi

        Terbaik!(7)Booo~(5)
    • Wizurai

      August 23, 2013 at 11:53 pm

      Ada semua owner H kisah pasal pebenda vtec tu? Gaya je tau..

      Terbaik!(0)Booo~(18)
      • H Mayat

        August 24, 2013 at 12:44 am

        Try dulu baru tau

        Terbaik!(4)Booo~(1)
      • ggocoh

        August 24, 2013 at 1:31 pm

        Kah3,ko pakai bmw pun ape owner h pdulik,duit rzki minat msg2

        Terbaik!(2)Booo~(1)
    • mambang

      August 24, 2013 at 2:50 am

      try la ngan vtec b16b... b16b 0-100km/j=6.3saat, top speed 241km/j. ini engine NA xda tebo2...

      Terbaik!(19)Booo~(6)
      • budakkampungaje

        August 24, 2013 at 3:39 am

        Memang laa der vtec bole cecah 241km/h sebab kete dia ringan Curb vehicle weight, kg1130 bg sedan dan bg curb vehicle weigh, 1050kg utk hatchback(bullet) model civic eg...

        Displacement, cc1595
        Engine model B16B red top vtec....
        Max.power (Net), kw(PS)/rpm 185 ps (136.07 kw) / 8200 rpm
        Max.torque(Net), N*m(kg*m)/rpm 16.3 kg*m (159.85 N*m) / 7500 rpm

        Terbaik!(2)Booo~(3)
        • mambang

          August 24, 2013 at 11:03 pm

          letak kat EK/EJ 4 pintu tak dak hal dari 0-100km bawah 8saat jugak... sbb tu nak bina keta kena amik faktor power to weigt-ratio, civic ferio full tank dlm 70ringgit ron95.

          Terbaik!(0)Booo~(1)
          • budakkampungaje

            August 25, 2013 at 10:10 pm

            Kalau aku EK tuuu dh masuk K20 terus.....tk yah nk kacuk b20.....

            Terbaik!(1)Booo~(1)
    • ggocoh

      August 24, 2013 at 1:29 pm

      Ckp pakai la pala otak,proton kelas lawan pro2 je la woi,haha

      Terbaik!(19)Booo~(12)
    • ggocoh

      August 24, 2013 at 1:35 pm

      Kah3,woi,proton lwn die pro2,jgn sebok2 ckp psl h

      Terbaik!(1)Booo~(10)
    • xdomatnor

      August 26, 2013 at 10:50 am

      meluat pulak tengok..sikit2 nak kompair dengan suprima@preve.kalau dah rasa hebat sangat enjin campro tu kenapa x kompair dengan enjin VW ke,Audi ke, Merc ke,BMW ke. cuba cabar proton bangunkan enjin 1.8,2.0, 2.2...dari dulu masih enjin 1.6

      Terbaik!(7)Booo~(13)
    • mn

      February 23, 2014 at 4:10 pm

      enjin honda memang terbukti tahan dan berkuasa. begitu jugak enjin toyota.. pusing2 fikir2 org nak beli kereta ,,, toyota dan honda adalah pilihan tepat utk pakai lama. enjin proton cepat rosak kerana teknologi tak sehebat pemikiran org jepun...

      Terbaik!(11)Booo~(7)
    • azam

      August 9, 2014 at 3:40 am

      suprima tahun pertama mmg laju...tgok tahun ke 3,4,5..bolh lwan ke b16b yg dah berzaman? haha

      Terbaik!(5)Booo~(10)
  2. Savvy88

    August 24, 2013 at 12:02 am

    lebih kurang sama mekanisma dengan campro CPS

    Terbaik!(4)Booo~(32)
    • budakkampungaje

      August 24, 2013 at 3:52 am

      Memang sama tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci
      manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci

      Terbaik!(11)Booo~(8)
      • joe

        September 3, 2013 at 1:58 pm

        Lama tak dengar perkataan lengan jumpelang tu....lu mmg otai brader...

        Terbaik!(8)Booo~(0)
  3. j

    August 24, 2013 at 12:43 am

    salesman & pencacai proton da dtg semak kt sini

    Terbaik!(11)Booo~(7)
  4. Toyota

    August 24, 2013 at 12:51 am

    Betulla orang kata, orang pakai PROTON ni pemikiran kelas bawahan.. sampaikan info kereta lain mcm VTEC ni pun diorang rasa nak dengki dan bukannya nak ambil ilmu dan sama2 berkongsi ilmu

    Terbaik!(22)Booo~(20)
    • Empire

      August 24, 2013 at 8:59 am

      OMG....aku pakai Proton. Nampaknyer pemikiran aku kelas bawahan...huhu. Apa la Honda fanboi ni...rilek aa (tapi nama ko Toyota). Orang dah tau VTEC tu power. Saja nak bikin panas pemilik EK/EG (2nd hand) kat sini je.

      * 1st komenter tu sebab dia tengah semangat Suprima S tu.

      Terbaik!(13)Booo~(3)
      • Toyota

        August 25, 2013 at 12:49 pm

        ralat : hanya segelintir

        Terbaik!(7)Booo~(2)
  5. wanabepj

    August 24, 2013 at 12:53 am

    enjin vtec mmg enjin terbaik..mampu bersaing dgn enjin turbo..byk pomen memperakuinya..mber yg pki kete turbo pn ckp vtec mmg terbaik..so xheran klu byk syarikat pengeluar kenderaan ni ambil konsep vtec ni utk enjin keluaran mereka..mmg champion..

    Terbaik!(15)Booo~(9)
  6. mambang

    August 24, 2013 at 2:43 am

    try bawak vtec. anda baru tau power dan jimat minyak. pemanduan seronok sebab engine boleh rev tinggi.

    Terbaik!(8)Booo~(3)
    • budakkampungaje

      August 24, 2013 at 4:07 am

      Semua Enjin pun bole main rev tinggi (lebih dari red line) jugak mcm toyota 4age 1.6 rev dia bole cecah 11000 cps bole cecah 8k rpm sebab ada rev cut nissan sr16ve bole dpt 10000 rpm vtec paling tinggi pernah aku ngk 12500 rpm....

      Terbaik!(3)Booo~(0)
      • mambang

        August 24, 2013 at 11:07 pm

        vtec juga paling tinggi kan 12500rpm.... kuasa maksimum pada rpm tinggi mmg syok. cam bawak moto rxz laaa... nak seronok rev tinggi2 sbb kuasa tork dan kuasa kuda pada rpm tinggi. berlainan dgn keta body berat, kuasa tork sgt diperlukan pada rpm pertenggah, seperti b20 non vtec yang digunakan pada crv.

        Terbaik!(6)Booo~(0)
  7. Rushydone

    August 24, 2013 at 7:18 am

    Bro AK,
    tertanya juga what if VTEC didatangkan skali dgn enjin turbo? pasti kuasa yang melimpah-ruah VTEC + turbo rite? knapa tak pernah ada engine tersebut. thanks :)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • ggocoh

      August 24, 2013 at 1:37 pm

      Tungu type r euro pasni

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  8. Gombal

    August 24, 2013 at 10:44 am

    Kalau vtec type-R memang syokk habis.
    Sebab tu orang banyak habis duit nak vtec ni masuk kereta diorang. Kena tanya orang yang sudah lama pakai enjin ni atau orang yang pernah kena tapau dengan enjin ni ;-)
    Bukan dengar dari orang yang baru nak beli Suprima S atau Preve :D
    Malas nak kutuk siapa makan asap. Kereta nak rosak je keluar asap. Hehehe

    Terbaik!(6)Booo~(3)
    • budakkampungaje

      August 25, 2013 at 10:14 pm

      Kalau kuar asap bole tukar yg besar terus heheheheh.....vtec pun bole rosak gak.....lg pening dari turbo...

      Terbaik!(5)Booo~(5)
  9. TAMING SARI

    August 24, 2013 at 1:02 pm

    CERITA BANYAK TAK GUNA ENJIN CAMPRO TERBUKTI DIRALLY. AKU TAK NAMPAK ENJIN TOYOTA DAN HONDA HEBAT JIKA DIBANDING ENJIN CONTINENTAL.

    Terbaik!(16)Booo~(19)
    • ggocoh

      August 24, 2013 at 1:39 pm

      Kt dunia ni blambak kej,proton power care die,honda power care die,.nk cite psl proton power,cite la,bab panas line 1st kmntr tu psl ape,njis btoi

      Terbaik!(2)Booo~(12)
    • Bro

      August 26, 2013 at 1:27 pm

      rally je merata... jual nyer kat mesia jugak... pom pang pom pang award pom pang pong pang, menang rally...
      pom pang pong pang mesia je!?

      Terbaik!(10)Booo~(6)
    • GTR

      September 1, 2013 at 3:36 pm

      Rally pun Satria S2000 guna enjin Renault. Hahaha. Body je PROTON.

      Terbaik!(8)Booo~(9)
  10. ggocoh

    August 24, 2013 at 1:28 pm

    haha,panas line nmpk,xya la gduh2 owner proton honda,korg 1 fmly,nk gduh,gduh la ngan owner pro2 tyta,kah3
    tumbok2

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  11. akubudakkampung

    August 25, 2013 at 11:17 am

    cukup2 lah...apasal lah nak kutuk2. pakai keta ikut kemampuan.. aku skrg pakai pro2 kenari, pakai gsr4g93 & e230.. point aku, bila kita mati, kita akan diusung dalam keranda ja... jgn dok bangga dgn apa yg kita ada... kalau nak bincang dari sudut ilmiah teruskan...

    Terbaik!(5)Booo~(0)
  12. peminat

    August 25, 2013 at 12:56 pm

    boleh sesape ulas mengenai vtec vs mivec.. compare ikut kategori?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. ..

    September 8, 2013 at 6:19 pm

    ramai gila yang riak kalau cerita pasal vtec kat sini.

    Terbaik!(1)Booo~(5)
  14. hafiz ramli

    September 11, 2013 at 5:49 pm

    saya pakai honda city tahun 2013, adakah vtec city ni berkuasa

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kamil

      December 11, 2013 at 1:05 am

      abang try rev ikut spec, klu x silap 5,000rpm kot, then only the vtec will be kick in, n also u will be able to reach the high speed of that car! p/s: it is based on my experience

      Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>