Perodua bakal perkenal enjin aluminium kepada model akan datang - Arena Kereta

Perodua bakal perkenal enjin aluminium kepada model akan datang

Perodua-enjin-arenakereta

Enjin aluminium untuk model akan datang Perodua

Perodua merancang untuk memperkenalkan enjin aluminium di dalam model baharu akan datang yang dijangka bakal dilancarkan dalam suku ketiga tahun hadapan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, enjin tersebut bakal dibangunkan dan dikeluarka di kilang yang bernilai RM1.3 billion.

“Kami akan menukar enjin kami dari besi (cast iron) kepada aluminium, untuk menambahbaik pembakaran dalaman enjin, jelas beliau.

Aminar Rashid turut menambah, selain dari dapat mengurangkan penggunaan bahan bakar, pertukaran kepada enjin aluminium juga membantu mengurangkan kos pembuatan, yang mana selari dengan sasaran syarikat untuk mengurankan kos diantara 20 hingga 30 peratus menjelang 2015.

“Untuk kekal berdaya saing, kami meletakkan sasaran mengurangkan kos sebanyak 20 hingga 30 peratus, dan pertukaran jenis enjin ini merupakan salah satu komponen (dalam pengurangan kos),” tambah beliau lagi.

Dari segi jualan, Aminar Rashid berkata, Perodua telah menjual sebanyak hampir 130,000 unit kereta dari setakat bulan Januari sehingga Ogos. Jumlah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3.5 peratus, jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.

Jika kos pembuatan dapat dikurangkan lagi oleh Perodua, adakah ini bermakna harga barisan kereta-kereta Perodua akan menjadi lebih murah? Atau Perodua akan membuat untung yang lagi berlipat kali ganda? Harap-harap kedua-dua, syarikat dan pelanggan bakal sama-sama menerima faedahnya! Salam Jumaat.

Sumber:TheStar

Terbaik!(2)Booo~(0)

28 Comments

  1. Cipan bakar

    September 27, 2013 at 8:50 am

    Pakai aluminium blok pon nk kecoh satu malaysia hahaha. Teknologi tercanggih produa la katakan. Lebih hebat drp cvt, tsc, 6 air bag, ebd, abs, 5 star ancap etc.

    Proton da pakai... 4b11 & 4b10 dlm bonet inspira.

    Terbaik!(3)Booo~(1)
    • xxxx

      September 27, 2013 at 9:34 am

      marah lak proton supporter ni..tu enjin proton bwt ke..bising lak ko..hahaha protong salesmen

      Terbaik!(1)Booo~(3)
      • yyy

        September 27, 2013 at 4:14 pm

        Dia marah ke? Atau ko sentap... Betol2 supporter pro2.

        Terbaik!(2)Booo~(0)
        • xxxx

          September 27, 2013 at 5:08 pm

          aku supporter ke atau x ko lak butthurt..hahahaha pencacai protong mang cepat terasa

          Terbaik!(0)Booo~(1)
      • fauzan

        September 27, 2013 at 4:39 pm

        Mmm... adoiii, tu enjin perodua buat gak ker? Bukan toyota/daihatsu punyer ker?

        Cheers!

        Terbaik!(2)Booo~(0)
        • xxxx

          September 27, 2013 at 5:10 pm

          keh3 ni sorg g pencacai protong..nk gak mencelah..kononnye protong jela teknologi terbaik..bile ade yg advance dr protong xleh lak terime..dehel hahaha..

          Terbaik!(0)Booo~(2)
          • fauzan

            September 28, 2013 at 9:16 am

            Mmm... u can say anything my dear. Haters gonna hate. Itu fakta bukan auta. Kalau sy bleh katakan produa bleh dikatakan proksi kepada perniagaan bagi toyota/daihatsu di M'sia sebab diorg nie adalah pemegang saham terbesar perodua. Semua model n perancangan n strategi perniagaan dtg dari mereka. Ada sy cakap prootn lebih baik teknologi enjinnya drp perodua? Kalau benar perodua yg hasilkan enjin aluminium nie, sy pun tumpang bangga sebab rakyat m'sia yg menghasilkannya:) seperti mana kita tau RnD utk menghasilkan enjin nie mengambil masa yg lama dan memerlukan kos RnD dan teknologi tinggi. So, sapa yg x leh terima pendapat org laon n sapa juga yg cepat terasa? Tepuk dada tanya iman...:)

            Cheers!

            Terbaik!(2)Booo~(0)
          • anti fauzan

            September 28, 2013 at 3:34 pm

            keh2. die ni memang macam ni bro. taksub tak tentu hala lepas tu duk menyindir org lain dan bajet komen die bagus serta bersopan.

            hahahahahahahahahahaha

            Terbaik!(0)Booo~(0)
          • fauzan

            September 28, 2013 at 11:26 pm

            Mmm... PHD la tu:P Sekadar memulang paku buah keras. What u give u get back.:P

            Cheers!

            Terbaik!(0)Booo~(0)
        • Bidin al Zaifa

          September 28, 2013 at 9:36 pm

          Perodua tukang pasang enjin ajekah jawabnya..
          Nak buat rNd ada duit ke? Silap2 kos rNd di Pass Pada customer....camne nak jual murah?

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • apedaaa

      September 27, 2013 at 9:42 am

      Bro Cipan bakar...4B11 & 4B10 tu bukan proton punye daaa....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • cipan bakar

        September 27, 2013 at 4:16 pm

        Proton da beli engine petronas. Aluminum engine jugak

        Terbaik!(0)Booo~(1)
      • cipan bakar

        September 27, 2013 at 4:25 pm

        Sori la xxxx terasa... Proton bwt ke x bwt. Blueprint enjin eo1 petronas proton dh beli. Produa ade r&d engine ke?

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • xxxx

          September 27, 2013 at 5:07 pm

          ade gune ke enjin tu??hahahaha hak puiii masih nk tegakkan benang yg basah

          Terbaik!(0)Booo~(0)
          • FKM

            September 27, 2013 at 5:31 pm

            proton masih tengah menguji enjin tu..x kan beli terus guna..nk2 bahagian enjin..bnda pentig..memag la ujian dia lama..x mcm perodua just ikut toyota n daihatsu..hari ni minta esok da dpt import dari jepun..at least proton mencuba membuat perubahan pd syarkatnya..Proton akan memperkenalkan model konsep Suprima S crossover yg guna Petronas E01..dari situ menunjukkan Proton akan menggunakannya dlm masa terdekat...maybe kt pengganti perdana yg mungkin diperkenalkan 2015..btw perodua juga da usaha..tp kita nk melihat perodua buat sendiri enjin mcm campro IAFM n CFE..bukan nk puji Proton 100% cuma kita nk lihat juga Perodua buat smthing different dgn menubuhkan RnD sendiri..bukannya nk ckp kitorag ni pencacai Proton or ap..ni kenyataan..perodua da lebih 10 tahun..keuntungan yg ad sepatutnya boleh membebaskan diri dari toyota n daihatsu..dan mencabar diri sendiri utk membuat perubahan...

            btw cheers to Proton n Perodua..peace no war

            Terbaik!(3)Booo~(0)
        • Syamsul Arif

          October 29, 2013 at 1:20 pm

          Enjin E01 Petronas tu dh lme wujud...cuma pengurusan Proton pada masa tu eksen xnk pkai...

          Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Am

        September 28, 2013 at 12:24 am

        Perutdua..japan celup...tukang copy paste...tu pn downgrade..bodoo..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • xdomakno

          September 28, 2013 at 12:15 pm

          Tak adil lah nak kondem perodua,kata perodua celup toyota/daihatsu lah,x reti buat enjin sendiri lah.cuba ingat balik tujuan asal wujudnya perodua.nama pun perusahaan otomobil kedua,maknanya x boleh lawan proton.kalau lawan kena pancung.tengoklah siapa penasihat proton. Harga kereta import murah sikit dari proton pun dia dah bising.ni semua sbb nak jaga industri proton.kalau xde kawalan harga dah lama proton

          Terbaik!(1)Booo~(0)
        • xdomakno

          September 28, 2013 at 12:25 pm

          Tak adil lah nak kondem perodua,kata perodua celup toyota/daihatsu lah,x reti buat enjin sendiri lah.cuba ingat balik tujuan asal wujudnya perodua.nama pun perusahaan otomobil kedua,maknanya x boleh lawan proton.kalau lawan kena pancung.tengoklah siapa penasihat proton. Harga kereta import murah sikit dari proton pun dia dah bising.ni semua sbb nak jaga industri proton.kalau xde kawalan harga dah lama proton bungkus.harga suprima murah dari vios,city pun dah bangga,memanglah murah sbb kerajaan tetapkan harga keta import supaya xde yg lebih murah dari proton(ingat x lagi harga kia sephia jauh lebih murah dari wira-apa jadi lps tu).so berdaya saing ke proton tu.pada aku biar perodua copy paste keta jepun sbb kalau perodua buat enjin sendiri takut jadi mcm gen2.lagi sale dan resale perodua pun lebih baik dari proton(xde dengar pulak kancil jadi kereta scrap,tapi saga?)ok...fakta or auta

          Terbaik!(0)Booo~(0)
          • fauzan

            September 28, 2013 at 11:44 pm

            Mmm... perodua adalah hasil cetusan ilham Tun M jga. Projek kereta nasional kedua selepas proton. X semestinya di bawah bayangan prootn. Tapi apa dah jadi bila daihatsu/toyota memegang saham terbesar dlm perodua? Dah tentu direction perniagaan kereta nasional itu di bawah perancangan syarikat jepun itu. Kini 20 tahun usianya. Semua model2 keretanya adalah dari model kereta rebadge toyota /daihatsu je. bahagian RnD sekadar melakukan modikasi sahaja. Ironinya kalau sapa2 browse website perodua, hubungan daihatsu/toyota dgn perodua disebut sebagai partner atau joint venture. Tapi bila sapa2 yg baca annual report company jepun tu, perodua disebut sebagai subsidiary... sgt sedih:(

            Cheers!

            Terbaik!(0)Booo~(0)
          • Samhamidie

            October 18, 2013 at 11:49 pm

            Xpyah nk bgadoh. Aq keje bwah automotif. Korg nk gadoh watpe. Kilang yg wat enjin proton n produa sme je. Kilang komponen2 proton n produa sme je. Yg beza labelling n servis 2 2 company. Kualiti 2 2 company ni xd beza pn sme je. Tp servis yg produa bg lbih baek. Tu je beza dy. Ni fakta bkan auta ye.

            Terbaik!(4)Booo~(0)
        • Bidin al Zaifa

          September 28, 2013 at 9:34 pm

          Sebab ada Perodualah kita tak merasa nak drive Daihatsu lagi....kalau nak beli dan drive Daihatsu jugak, belilah Gran Max tuh...

          Berapa ramai penah drive Charade/Aura dulu2? Sekarang mana ada....

          heran gak kenapa Perodua tak nak rebadge Gran Max jadik Rusa?

          Terbaik!(1)Booo~(0)
        • potong

          October 2, 2013 at 5:51 pm

          Alaa...dulu masa Proton pun japan celup tukang rebadge Mitsubishi...skrg Perodua rebadge Daihatsu sekurang-kurangnya kualiti msh acceptable...tapi dulu Proton rebadge Mitsubishi kualiti cam sial...syarikat kroni madey puihh..

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Bidin al Zaifa

      September 28, 2013 at 9:25 pm

      Perodua punya citer macamlah dia yg first in Malaysia.... org lain dh lama guna tak kecoh pun...

      Terbaik!(0)Booo~(2)
  2. Alson Pang

    September 27, 2013 at 9:02 am

    Enjin aluminium telah lama diperkenalkan lebih 30 tahun lalu.... Diantara enjin aluminium yang telah sediada di jalanraya adalah:-
    Nissan MA enjin
    Rover v8 enjin
    Toyota MZ enjin
    Toyota AZ enjin
    Toyota AR enjin
    Volvo Modular enjin
    Jaguar AJ-V6 enjin
    Mitsubishi 4B1 enjin
    Subaru ER enjin
    Nissan L enjin
    Alfa Romeo V6 enjin
    Honda NSX
    Nissan RB enjin

    Selain diatas ada banyak lagi enjin yang dibina dari aluminium...... Ada enjin yang dibina menggunakan hampir 100% aluminium, dan ada yang dibina hanya block dan cylinder heads sahaja aluminium....
    Kos pembuatan enjin dari aluminium adalah lebih rendah dari kos enjin besi (cast iron)..... 20%-30% kos dapat dikurangkan..... Setiap organisasi perniagaan mementingkan keuntungan.... jika kos operasi dapat dikurangkan, harga product juga dapat dikurangkan tetapi bukan 20-30%..... mungkin hanya 5%-15%..... Atau ditambah baik dari aspek lain seperti gadget dan menigkatkan tahap keselamatan tanpa mengurangkan atau menaikkan harga kereta itu sendiri....

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  3. fauzana

    September 27, 2013 at 10:51 am

    terbaek..
    mmmmm cheers!!~

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  4. arif

    November 25, 2013 at 1:30 pm

    no komen,sbb saya pakai bmw :)

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  5. harga perodua

    March 15, 2014 at 6:14 pm

    terbaik!! dgn penggunaan aluminium dpt membantu enjin dari segi pembakaran.. nmpk da perodua semakin kehadapan kan =)

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>