Gambar Spyshot Proton Perdana berasaskan Honda Accord

20131108-170734.jpg

Laporan tentang pihak kerajaan akan menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang diguna sebagai kenderaan rasmi telah pun berlegar-legar sebelum ini. Bermacam-macam versi cerita boleh didapati. Beberapa bulan lepas kami ada kongsikan satu surat pekeliling yang mengumumkan penggantian Proton Perdana kepada Honda Accord.

Sehingga ke hari ini, Proton Perdana  digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A. Manakala Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang dipilih, menggunakan Proton Inspira sebagai kenderaan rasmi.

Beberapa keping gambar spyshot Proton Perdana berasaskan Honda Accord generasi kelapan.

20131108-170752.jpg

Strategi Proton yang lebih menumpukan perhatian kepada model-model di dalam segmen “mampu milik”, dengan tidak memberikan fokus kepada penghasilan model untuk segmen D, disebabkan permintaan yang kurang. Mungkin ramai antara kita bersetuju dengan langkah tersebut. Sebelum ini, beberapa calon telah pun ditawarkan untuk di “rebadge” bagi menggantikan Proton Perdana, antaranya Mitsubishi 380, Nissan Fuga (Infiniti M) dan yang paling terbaru Honda Accord.

Dalam bulan Oktober, Datuk Hamim Samuri yang merupakan Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mendedahkan di dalam Parlimen bahawa Proton sedang membangunkan model pengganti kepada Perdana berasaskan casis model dari Honda, dan pegawai-pegawai kerajaan telah melakukan pemeriksaan ke atas kereta tersebut dan telah membuat keputusan untuk menggunakannya, dan bukannya Honda Accord.

Dari gambar-gambar yang di bawah, gril hadapan ditutup, rim aloi yang digunakan kelihatan lebih kurang sama dengan rim yang digunakan pada Proton Exora Prime. Bahagian dalaman, terdapat sedikit pertukaran, antaranya, lambang Honda pada stereng diganti dengan lambang Proton.

Juga dapat dilihat adanya paddle shifters pada stereng dan butang VSA, dan ini membawa kepada satu kesimpulan, varian Honda Accord 2.4 VTi-L yang di”rebadge“. Rumor yang mengatakan Proton akan menggunakan enjin Petronas E01e masih belum dapat dipastikan. Adakah teknologi kebanggaan Proton, “Lotus Ride Handling” juga akan dilengkapi untuk Proton Perdana ini? Sama-samalah kita nantikan.20131108-170922.jpg

 

20131108-170801.jpg

20131108-170809.jpg

20131108-170818.jpg

20131108-170826.jpg

20131108-170833.jpg

20131108-170842.jpg

20131108-170851.jpg

Sumber: Paultan

Terbaik!(8)Booo~(4)

41 Comments

  1. zack

    November 8, 2013 at 6:54 pm

    Kesian owner accord nih.. kalau proton rebadge.. leh dpt ke bwh 100k?

    Terbaik!(20)Booo~(8)
    • MiNYAK NAIK

      November 12, 2013 at 5:03 pm

      MINYAK NAIK BARANG NAIK !!!

      Terbaik!(5)Booo~(10)
  2. khairulx19a

    November 8, 2013 at 8:50 pm

    klau nak rebadge pun asal tak rebadge accord JDM punya, lagi stylo

    Terbaik!(3)Booo~(4)
    • Adam Shatubii

      November 10, 2013 at 8:28 am

      Accord JDM maksud kau apa? Accord semua JDM, sebab Honda tu dari Jepun. Maksud kau, Accord CBU?

      Terbaik!(2)Booo~(8)
      • khairulx19a

        November 10, 2013 at 9:42 pm

        klau dkat jepun honda accord version ni dipanggil honda inspire, accord versi jepun berbeza

        http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a0/2008_Honda_Inspire_02.JPG/800px-2008_Honda_Inspire_02.JPG

        Terbaik!(4)Booo~(3)
      • Alson P

        November 12, 2013 at 3:57 pm

        Japanese domestic market

        JDM singkatan dari Japanese domestic market

        Terbaik!(3)Booo~(1)
    • peminat kereta

      November 17, 2013 at 7:57 pm

      honda accord euro r r..bentuk muda mudi

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. xv

    November 8, 2013 at 9:13 pm

    proton or honda dapat ke DRB gak duitnya

    Terbaik!(4)Booo~(2)
  4. Bebe

    November 8, 2013 at 9:43 pm

    Pastinye kete segmen D susah nk dpt harga bwh 100k.
    Proton bertambah bangang bile ade campurtangan politik.
    Ape jadah Proton nk terlibat dgn segmen D. Ingt org yg mampu beli kete 100k ke ats nk beli kete jenama proton. Perdana sblm ni da fail. Ini nak ulangi kesilapan sama.
    Aku syak bile kerajaan nk pkai Honda Accord sbg kete rasmi terus paksa Proton rebadge kete tu kot. Nk nmpk patriotik. Proton jd pak angguk...
    Ni nak puji sket, Proton buat langkah bagus rebadge Honda ni. Xyah buat R&D. Terus bole jual macm mee maggi. Sume siap da. Tinggal masak air je ekekeke...

    Terbaik!(16)Booo~(32)
    • apedaaa

      November 11, 2013 at 11:34 am

      hehe..ko yg bangang sbenarnyee...

      Terbaik!(13)Booo~(6)
      • hotakko

        January 15, 2014 at 6:37 pm

        proton kankung bile nk kluar?0 downpayment

        Terbaik!(2)Booo~(4)
  5. pisau

    November 8, 2013 at 10:52 pm

    kalu rege lebih kurang sama mcm perdana mungkin leh dpt sambutan

    Terbaik!(10)Booo~(3)
  6. fauzan

    November 9, 2013 at 12:27 am

    Mmm... model fasa 1 D segment perdana-accord nie bukan utk dijual pun. Hanya utk kegunaan pegawai kerajaan je. Dlm terma jv honda/proton nie x mungkin model ni akan berada di pasaran. Kalau ia memasuki pasaran, pastinya ia mengancam pasaran model generasi baru honda di M'sia atas faktor harga versi proton yg dh tentu lebih competatif n murah. Model perdana-accord fasa 2 utk mass production dh tentu hanya terbit 2 tahun lagi bila proton menghasilkannya dari platform yg sama dgn perubahan yg lebih besar.

    Cheers!

    Terbaik!(23)Booo~(8)
    • Bebe

      November 9, 2013 at 1:24 am

      Nanti kereta yg pegawai kerajaan pakai tu dikenali sebagai Perdana atau Accord?
      Langkah yg bagus dari kerajaan tukar kete rasmi kpd Honda Accord sbb mmg dah patut tukar Perdana yang ada sekarang.
      Tpi dlm masa yg sama aku fikir berbaloi ke kalau rebadge kete Honda Accord tu ke Proton Perdana kalau da pegawai kerajaan saja pakai kete ni. Walopon aku x suke Proton, tp dalam situasi camni adakah menguntungkan Proton? Berapa dan apakah kos yg terlibat? Kerajaan atau Proton yg tanggung.

      Terbaik!(8)Booo~(15)
      • fauzan

        November 9, 2013 at 9:40 am

        Mmm... bagi sy, proton patut terus gunakan nama perdana tu. Itulah legasinya. Menggilap kembali kemegahan silam dgn penampilkan baru penuh gaya yg meyakinkan:)

        Kalau diikutkan proton tiada pengalaman dlm penghasilan model D segmen nie. Dgn JV bersama honda nie, pengetahuan n pemindahan teknologi berlaku. Ini bagus utk prootn belajar n meningkatkan ilmu n kualiti pembuatannya. Selain itu, kos RnD dpt diminimumkan dan disalurkan utk projek2 yg lain. Bagi pihak honda plak, sudah tentu keistimewaan diberikan utk menjalankan perniagaannya di M'sia bila sahaja Honda Malaysia sememangnya punyai hubungan perniagaan yg erat dgn DRB-HICOM. Even, model generasi ke-8 honda accord nie sudah balik modal dlm pasarannya n generasi ke-9 target jualan barunya. Setiap unit perdana baru yg akan kuar nanti pihak honda gak mendapat keuntungan melalui royalti dll. tentu sahaja jv nie adalah win-win situation.

        Cheers!

        Terbaik!(18)Booo~(9)
    • Sembanggg ehhh

      November 9, 2013 at 10:53 pm

      Kalau masuk pasaran dan laku bagai...Honda pon dpt untung gak. Lagipon model tu Honda dh main lagi. Aku nk tggu proton rebadge lambo plak. Huhuhu!!

      Terbaik!(2)Booo~(6)
  7. R35

    November 9, 2013 at 11:19 am

    Puiihhhhhhhhh PROTONG. Asyik rebadge je. Macam mana nak maju

    Terbaik!(4)Booo~(31)
    • apedaaa

      November 11, 2013 at 11:37 am

      bile org xde otak berkata2...phuii...

      Terbaik!(18)Booo~(2)
  8. Bebe

    November 9, 2013 at 11:38 am

    Walopon aku x setuju tapi masing2 ada pendapat sendiri.
    Pada aku patut kekal dengan nama Honda Accord. Kes ni berbeza dgn Perodua sbb diorang rebadge kete Daihatsu dan Toyota yg xder dijual di Malaysia. Malah perubahan juga dilakukan dgn baek. Masalah disini kete Honda Accord ni sgt dikenali di Malaysia sbg Honda Accord walopon ditukar ke Perdana sama Lancer-inspira. Rebadge mmg bagus jika bercakap dari sudut ekonomi dan bisnes.
    Kalo protong nak terus Rebadge aku harap Protong rebadge Honda Stream jd Exoream bru aku pakai Protong. Harga letak sama macm Exora. Tp bile servis aku hntr ke SC Honda laa...win-win situation. :D

    Terbaik!(9)Booo~(30)
    • apedaaa

      November 11, 2013 at 11:42 am

      aku rase.....klau tgk dari jauh pon,bole je beza lancer n inspira...x keliru pon..ko je kot...tula,org kate klau benci tu berpade2...

      Terbaik!(16)Booo~(2)
      • Bebe

        November 12, 2013 at 12:49 am

        X pyah berpada2 sgt.
        Kalo nk rebadge biar kete tu xder kat ats jalanraya Malaysia ni.
        Bkn masalah keliru ke x.
        Ade jgk yg rase lancer dgn inspira tu berbeza. Yelaahhh kire cincailah. Kasi kawtim sudalaa....xder susah maaa...kasi tukar bumper dgn kasi tukar stereng saja. Kedai aksesori Ah Cheng Jalan Kuchai Lama kata...ekekee
        Hampehhh

        Terbaik!(4)Booo~(16)
        • uden

          November 12, 2013 at 12:24 pm

          ak rase ko ni ad masalah kanser hati ke hape, saket hati btol proton nk rebadge ke hape ke.. igt wat kete ni mcm wat kek ke bro?

          Terbaik!(14)Booo~(3)
          • hotakko

            January 15, 2014 at 6:42 pm

            ape gune rnd kalo asek rebadge je?? ko nk sokong proton pon agak2laa..puiiii

            Terbaik!(1)Booo~(3)
          • fauzan

            January 16, 2014 at 9:21 am

            Mmm... rebadge hanya utk model dari segment niche market jer. Abih tu, GSC, Exora, Persona, saga flx, preve n suprima S tu dtg dari mana? Bukan dari RnD ker?:P Adoii... nk kutuk2 pun sila la tambah ilmu dulu:P Sorry.

            Cheers!

            Terbaik!(2)Booo~(0)
  9. lanjan

    November 9, 2013 at 8:37 pm

    Harga keta kat malaysia mmg dah mahal,
    so dapat accord murah pun ok walaupun
    model yg lepas. Cuma sape yg beli accord ni dulu
    kan terkilan amat sangat.
    Diharap proton buat lagi, dgn BMW pulak,
    buat 5 series yg lepas, harga
    maintain lebih kurang perdana je,
    sure ramai beli.

    Terbaik!(26)Booo~(2)
  10. fid

    November 9, 2013 at 9:35 pm

    rasanya prm akan dapat nama baru yang lebih global n komersil, macam kes inspira.

    Terbaik!(7)Booo~(2)
  11. Sembanggg ehhh

    November 9, 2013 at 10:57 pm

    Rebadge jer cepat skit nk declare sbg model baru proton.

    Terbaik!(7)Booo~(1)
  12. Normando

    November 11, 2013 at 12:29 pm

    Harap2 model kedua Proton akan bangun sepenuhnya...

    Terbaik!(5)Booo~(0)
  13. azrai

    November 11, 2013 at 4:36 pm

    Honda Accord 9 gen baru pun 4 star ANCAP. Huhu. Malulah JDM konon..

    http://www.caradvice.com.au/247121/honda-accord-disappoints-with-four-star-ancap-safety-rating/

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • Alson P

      November 11, 2013 at 11:11 pm

      Mereka memang kecewa dengan keputusan itu....

      Terbaik!(4)Booo~(1)
    • Bro

      November 11, 2013 at 11:55 pm

      takpela, 4 star accord nih lg selamat dari 5 star spurima...

      Terbaik!(3)Booo~(15)
      • fauzan

        November 12, 2013 at 10:17 am

        Mmm... ???

        Cheers!

        Terbaik!(3)Booo~(2)
        • Bro

          November 14, 2013 at 9:16 am

          kenapa? tak pecaya? mcm lori balak la, takde star pun! nko brani langgar pakai spurima?

          Terbaik!(5)Booo~(1)
          • fauzan

            November 14, 2013 at 1:22 pm

            Mmm... bukan x percaya. Statement ko agak prejudis. Cuma kena faham, kalau crash test tu 4 star ker, 5 star ker sebenarnya ia merujuk kat safety. Max star (5 stars rating) bermakna lebihlah safety nya:P

            Cheers!

            Terbaik!(4)Booo~(2)
          • Bro

            November 14, 2013 at 5:15 pm

            kepada yg tak paham nampak la prejudis. maksud saya, keta besar walau kurang star, masih lebih selamat dari keta kecik yg star penuh... harap semua paham...suprima mmg bagus ncap dgn 5star nye. but within segment dia jela...

            Terbaik!(4)Booo~(1)
          • fauzan

            November 15, 2013 at 9:01 am

            Mmm... crash test adalah pada speed yg sama bro. standard adalah 64km/j. Org x buat perbandingn dgn lori balak ker atau lori pasir ker dlm penetapan piawaian safety. Fakta: 5 star adalah lebih baik drp 4 star. Tapi 4 star adalah dikira dlm zon baik jugek. face it.

            Cheers!

            Terbaik!(1)Booo~(1)
          • Bro

            November 15, 2013 at 9:57 am

            iye nko betul, 5 lebih baik dari 4. tapi aku pun x salah dgn menyatakan suprima baik dlm segment nyeee shj... mmg org tak buat perbandingan ngan lori. cam supirma, within kelas c nye la... sebab tu dalam webpage ncap kelompokkan keta mengikut segment a b c d......

            Terbaik!(2)Booo~(0)
      • taik minyak

        November 12, 2013 at 10:37 pm

        mcm budak tadika la ko ni..
        agak2 la nk kelentong pun.

        Terbaik!(3)Booo~(2)
        • Bro

          November 14, 2013 at 9:17 am

          baik nko yg baca dulu... seblom nko yg nampak tak cerdik...

          Terbaik!(4)Booo~(1)
          • taik minyak

            November 14, 2013 at 9:03 pm

            poyo...

            Terbaik!(0)Booo~(2)
  14. nescafeais

    December 11, 2013 at 6:54 pm

    dulu masa perak nak beli honda..bising..skang kerajaan plak buat honda pakai logo proton

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>