Google bangunkan Android Auto, Android Khas untuk kereta

android auto

Google bangunkan Android Auto, Android Khas untuk kereta

Dunia automotif sekarang bergerak dengan pantas sekali menuju generasi sistem infotainment akan datang. Kita sudah tahu bahawa CarPlay dari Apple dan Sync 3 daripada Ford dalam pembikinan. Sehingga Microsoft sendiri mempunyai sesuatu dalam diam. Google telah menunjukkan konsep Android Auto awal tahun ini dan berjanji bahawa ia akan boleh didapati pada akhir tahun 2014. Nampaknya ia takkan boleh di lihat pada 2014, tinggal berapa hari sahaja lagi bukan? Tetapi gergasi teknologi ini telah menempatkan satu rancangan tentatif untuk pencabarnya.

Menurut dua sumber yang tidak dinamakan kepada Reuters, Auto Android terbaru kini ditetapkan untuk debut dalam masa setahun lagi bertepatan dengan pelancaran Android M OS Google terkini. Sama seperti CarPlay, ia mampu mereplikasi interface telefon pintar pengguna secara langsung pada papan pemuka, tetapi dengan andaian ia mampu membawa integrasi kenderaan dengan lebih jauh. Dengan mengandaikan pembuat kereta membenarkan ini berlaku, Android Auto boleh berinteraksi dengan maklumat diagnostik model, termasuk hal-hal seperti tolok bahan api, kamera undur, navigasi dan sensor lain. Tidak seperti versi semasa, android ini juga tidak memerlukan telefon disambungkan ke sistem untuk membolehkan kerja-kerja teknikal ini berfungsi.

Salah satu sumber di atas memberitahu Reuters bahawa Google boleh menggunakan sesetengah data yang dikumpul untuk pengiklanan. “Anda boleh mendapatkan akses ke lokasi GPS, di mana anda berhenti, perjalanan anda setiap hari, kelajuan anda, tahap bahan api anda, dan di mana anda berhenti untuk mengisi bahan api,” kata sumber itu.

Dalam pengumuman Android Auto pada bulan Jun lepas, Google berkata, Ford, General Motors, FCA, Honda, Hyundai, Nissan dan Volkswagen semuanya merupakan rakan kongsi yang berpotensi, tetapi integrasi yang tepat masih tidak dibincangkan. Apa sekali pun, Hyundai sudah menerjah masuk ke pasaran dengan mengatakan hasrat untuk menunjukkan sistem infotainment 7-inci baru pada 2015 Cusumer Electronics Show yang mampu menyokong kedua-dua CarPlay dan Android Auto.

Terbaik!(3)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>