Selain daripada kecantikan rupa bentuk sesebuah kereta, faktor utama yang seringkali menjadi pilihan utama sebelum membeli sesebuah kereta ialah faktor penjimatan minyak petrol. Harga petrol yang kian meningkat saban tahun telah menjadikan model-model kereta yang mempunyai enjin jimat minyak sebagai pilihan utama berbanding kereta yang kurang mesra penjimatan petrol.
Perodua Myvi seringkali menjadi kebanggaan setiap pemiliknya kerana dikatakan sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol, tidak kira daripada versi manual ataupun auto. Benarkah Perodua Myvi sebuah kereta jimat minyak, atau itu hanya mitos semata-mata? Secara logiknya, jika ramai pemilik Myvi mengeluarkan kenyataan seperti itu, bermakna ada kebenarannya bahawa Perodua Myvi adalah kereta yang menjimatkan petrol.
Kebanyakan pemilik-pemilik Perodua Myvi pernah memiliki kereta lain sebelum itu, jadi mereka dapat membuat penilaian antara Perodua Myvi dengan kereta daripada lain-lain model. Mungkin penilaian yang dibuat itu antara kereta keluaran Proton seperti Proton Wira, Proton Waja, Proton Gen2, ataupun daripada kereta keluaran syarikat automotif Jepun, Korea dan Eropah.
Jika dilihat spesifikasi enjin Perodua Myvi yang berkapasiti 1.3 liter, DOHC 16 injap, DVVT dan EFI, enjin jenis tersebut diakui oleh pengeluarnya iaitu Perodua sebagai enjin yang menjimatkan petrol. Dengan berat sebuah Perodua Myvi yang ideal dengan nisbah yang dihamburkan oleh kuasa enjin, ada logiknya Perodua Myvi menjadi sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol. Mengikut hukum fizik, nisbah kuasa dan berat yang ideal bagi sesebuah kenderaan, ditambah lagi dengan teknologi moden pada sesebuah enjin mampu menjimatkan petrol ke tahap yang maksimum.
Mengikut pengalaman saya sendiri yang memiliki sebuah Perodua Myvi 1.3 Auto, penggunaan petrol bagi kereta tersebut adalah pada tahap yang cukup memuaskan. Perodua Myvi tersebut yang diisi petrol bernilai RM 10.00 (harga petrol RON 95 ialah RM 1.80 sen) boleh dipandu sehingga sejauh 80 km, adakalanya mencecah sehingga 90 km jaraknya. Ada pendapat yang mengatakan Perodua Myvi Manual lebih menjimatkan petrol berbanding model auto.











Saya setuju. Saya juga pemilik MyVi auto, dan juga pernah miliki Saga 1.5 Manual. Saya ke Kelantan isi minyak penuh, kena isi semula apabila hampir sampai. Tapi MyVi, Isi Penuh dari KL boleh pusing2 lagi 2 hari di Kelantan.
http://ujangs.blogspot.com/
Memang tak rugi beli Myvi Basri, ruang luas, petrol jimat, jalan jauh pun ok apa..
hehe.. sejak bile plak Myvi ni ruang luas..
member aku, pakai myvi, lpas dpt anak, trus a muat isi brg2..
baik amik BLM @ City
Maksud saya ruang penumpang yang luas, kalau bonet mana ada luas.
haha!! sabar2
salam.. ada beza tak antara myvi 1.0 dan 1.3 dari segi penggunaan minyak dan pickup?
Myvi 1.3 lebih jimat minyak dan pickup lebih kuat..kalau nak beli better 1.3, cuma myvi 1.0 lebih murah.
saya nak amepp myvi….cume tak tahu apa beza antara myvi se,ez.ezi dan lain2 jugak….macamanne???leh tolong jelaskan tak???
Ada dua jenis Myvi, satu gear auto, satu lagi manual, saya syorkan beli yang auto. Kalau nak lagi sempoi boleh beli Myvi SE atau Myvi LE. Myvi biasa pun ok tapi SE dan LE lagi cun. ez bermaksud myvi auto, ezi pun auto tapi full spek, SE dah memang full spek.
salam..saya bercadang nak beli myvi, ada orang cakap yang manual lebih jimat minyak dari yang auto. minta tolong dijelaskan sejauhmana perbezaan penggunaan minyak antara kedua model tersebut. untuk makluman saya perlu guna kereta untuk ulang alik ketempat kerja sejauh 50 km (100 km pergi balik). jadi model yang manakah paling praktikal? terima kasih.
Betul, kereta manual lebih jimat minyak dari auto, tapi untuk kereta Myvi perbezaannya terlalu kecil. Untuk lebih praktikal saya syorkan Myvi auto, penggunaan minyak myvi auto rendah saja. Saya sekarang adalah pengguna Myvi auto, penggunaan minyak memang jimat.
wahhh…nak beli jugak lah myvi…heheh..sekarang sy guna Persona 1.6 Manual…ok jugak minyaknya, cuma tak la sejimat Myvi…purata RM 10 = 65-70km. Ini 70% long distance, 30% dlm jem….ulang alik Nilai-KL
sekadar berkongsi info…heheh
Ok, info diterima.
whose pakai saga baru…isi rm10..boleh gerak dalam 100km..tapi bersyarat…pemanduan kne berhikmah…jgn bawah lebih dari 110km….kalau pandu laju maksudnya lajula minyak y digunakan….
Betul, kereta apa pun kalau kelajuan melebihi had, minyak mesti makan lebih, tapi kalau bawak slow pun tak best jugak kan?
aper da…. nak compare agak2 la… myvi 1.3 leh compare ngan 1.3 jer la… ni compare ngan 1.6 lak…. tak berkaitan langsung….
Tak semestinya nak compare kereta ikut jumlah cc saja, harga pun kena kira jugak. Harga Myvi dan Persona tak jauh beza pun, jadi elok la compare kedua-dua model tu, lain la kalau compare kancil dengan persona.
Kala den. Den pilih saga blm. Cc sama myvi. Tapi harga lagi murah. Bonet pun luas. Tengok depan pun selesa. Tak macam viva dan myvi. D.board tingg.
Saga SE memang pilihan yang tepat, lebih sikit dari Myvi SE.
kalau cmpare saga auto n manual.macamne 2 bro??ok tak minyak??
Saga manual lebih jimat, tapi perbezaan kecil je..
…myvi antara yg terbaik dari segi harga,prestasi,maintanance,keselesaan…0 – 120km/j bawah 15sec.tak payah nk pikir nk tukat timing belt..kalau hujung bulan tuang rm10 pn dah boleh guna 3 hari….
saya pkai proton wira 1.5 manual.
klu on aircond, 15sen 1km.
off aircond lak dlm 12sen 1km.
ni klu kira harga rm1.8/liter.
isteri saya lak pkai
proton gen-2 auto.
8.0 liter / 100 km.
klu grk dlm bndr je,
myk rs cam air ngalir je.
skjp je da kurang.
klu long distance lak,
ok plak rasanya…
2 2 keter ni pkai primax ron 95.
prnh sy try pkai shell
tp rasa cam lg cepat hbs myk.
prnh gak try pkai mobil/esso,
tp enjin jd kasar lak bunyinyer.
p/s: sekadar pandangan sndiri je nie..
tak adil bagi proton…sebab kereta myvi sudah tentu kereta baru..pakar dlm bidang nie mesti tahu..untuk buat perbandingan biarlah sama CC and sama tahun kereta tu…myvi memiliki enjin toyota..mmg menjimatkan..tapi keselamatan?? rahsia myvi belum terbongkar…nantikan videonye..jgn terkejut..
ap klmhan myvi? xslamat ke? nk tau jgk
salam… sesaper nak bg aku kete sambung bayar e-mail gambar n kete… pepehal kenari memang best
myvi se 2008…emel fb..[email protected]
Salam..macam mana plak dengan Alza auto?saya ada plan nak beli alza auto.mana lagi jimat antara alza auto dan myvi auto?
Myvi auto lebih jimat minyak, tapi saya syorkan alang-alang nak beli dan kalau dah mampu, baik beli Alza auto.
banyak ke perbezaan penggunaan minyak antara myvi auto dan alza auto?bleh terangkan sikit..
Tak besar sangat perbezaannya, masih boleh berjimat dengan Alza auto. Myvi auto RM10.00 boleh pergi antara 70km – 90km, Alza auto antara 60km – 80km, semuanya bergantung pada corak pemanduan. Ini cuma anggaran kasar berdasarkan pengalaman dan maklumat yang ada. Mungkin rakan-rakan lain boleh sama berkongsi di sini.
apakah kelebihan dan kekurangan antara myvi dengan pesona? mana 1 pilihan yang ideal sbg kereta pertama untuk sebuah fmly baru?
Myvi sebuah kereta kompak, ruang penumpang luas tetapi ruang bagasi/barang-barang sempit. Persona ruang penumpang selesa, ruang bagasi/barang-barang lebih luas dan cukup untuk kegunaan famili.
Enjin Persona lebih berkuasa dari Myvi tetapi kurang jimat berbanding Myvi. Paling ideal untuk dibeli ialah, kalau untuk kegunaan keluarga, sudah tentu Persona menjadi pilihan utama. Kalau untuk individu, masih bujang misalnya, elok beli Myvi.
Pengendalian dan keselesaan pemanduan antara Myvi dan Persona pula, Persona lebih selesa dan pengendalian pemanduan lebih mantap, maklumlah kereta sedan.
Pilihan yang ideal untuk sebuah famili baru ialah Persona. Kalau sesebuah famili mahu kenderaan kedua, Myvi adalah pilihan paling ideal. Saya mempunyai Naza Citra, dan kenderaan kedua ialah Myvi.
thanks, geng. :j
syae pulak keta family,vigo..lagi luas..hahaa..brg tak yah letak dlm kalau blik kmpung,letak jer kat blakang..tpi kalau hujan..aduii,mampos lar..keta kedua lak,myvi..myvi keta yg perfect..apa lagi kalau modified..mnyak pun save..
salam…yang mana lebih selesa pemanduan dan lebih jimat minyak antara saga blm dengan myvi. tima ksh
Saga BLM lebih selesa dalam pemanduan dan pengendalian sebab kereta sedan, lebih stabil atas jalan raya. Kalau bab penjimatan minyak pula, Myvi lebih jimat minyak.
pengalaman aku yg berulang ke tempat keje 70km sehala, hari2 guna saga blm manual, rm10. maknanya 140km = rm10. pemanduan saga lebih cekap sebab tu jimat. servis dan angin tayar maintain selalu. myvi pun jimat cuma saiz dan kepenggunaan x kena ngan aku..
agok2 ar bro nak kencing bro..biar ar nampak logik sikit..kau ingat minyak 10ringgit tu byk ker sampai kau boleh 140km dgn hanya isi rm10..tp dgn harga minyak masa tahun 90an dulu boleh kot..kalu motorsikal dapat ar bro 10 ringgit 140km..kau ni orang nak forum kau pun nak forum gak..hehheheh…
sye student dan akan menjalani latihan industri pada pertengahan bulan 12 ni. adakah saya layak membeli kereta atas nama saya sendiri dengan syarikat perodua? atau saya terpaksa mencari broker kereta?
betul ke kalau kita beli kereta akhir tahun ni, interest lg mhl b’banding awal thn?
Kalau student payah sikit nak beli kereta baru sebab bank nak tengok slip gaji dan pendapatan. Berkenaan interest tak pasti pulak, tapi interest selalu turun naik dan bergantung kepada bank mana satu.
adehh…keta 1.5 nak compare ngn 1.3…mana same weyhh… compare lak ngn keta zaman 80 -an…erm..cuba compare antara saga blm ngn myvi..myb ade sapa2 yg boleh bantu??
Sekadar info peribadi dari penulis berdasarkan pengalaman semasa. Setuju atau tidak dengan apa yang ditulis, terpulang kepada persepsi masing-masing.
kalo kita org yg brpengalaman dlm bidang kete..cc tuh xjd masalh dlm perbezaan penggunaan minyak..ada jugak cc lebih besar jimat minyak dari cc yg kecil..sy bg contoh simple je..awk comparekan minyak myvi 1.0 dgn myvi 1.3..mana lebih jimat yg sbnarnye n mana lebih power..kat sini kita dlm lihat peranan enjin adalah utk mebawa beban sesebuah kereta..buka cc nyer..
ayat kat atas nih pun ada..baca dan paham la Jika dilihat spesifikasi enjin Perodua Myvi yang berkapasiti 1.3 liter, DOHC 16 injap, DVVT dan EFI, enjin jenis tersebut diakui oleh pengeluarnya iaitu Perodua sebagai enjin yang menjimatkan petrol. Dengan berat sebuah Perodua Myvi yang ideal dengan nisbah yang dihamburkan oleh kuasa enjin, ada logiknya Perodua Myvi menjadi sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol. Mengikut hukum fizik, nisbah kuasa dan berat yang ideal bagi sesebuah kenderaan, ditambah lagi dengan teknologi moden pada sesebuah enjin mampu menjimatkan petrol ke tahap yang maksimum.
saya dari muar ke pasir gudang…tangki penuh pergi dan balik….dekat 450 km….ada balance 2 bar lagi gtu
kebetulan tengah on internet cari maklumat berkenaan minyak terbaik untuk perodua myvi 1.3 sy terbuka pula topik ini. menarik untuk dibincangkan
ini pendapat saya, saya dah monitor selama setahun penggunaan minyak untuk myvi dan didapati kalau setiap RM 10 untuk minyak ron95 sy dapat dalam 80-90km bergantung kepada teknik pemanduan…rasanya dah jimat la tu, lebih kurang kereta kancil turbo yg saya pakai dahulu
p/s: kawan saya pakai toyota vios 1.5 auto, memang lagi jimat minyak rm10 boleh dapat 90-110km
pernah dulu kami balik dari terengganu ke segamat, dua2 isi penuh sampai di segamat minyak kereta saya dah separuh, dia baru suku habis
Thanks Mijie atas perkongsian maklumat, memang betullah Perodua Myvi jimat minyak, dah terbukti dari testimoni ramai pemandu.
aku pakai kete myvi 1.3 auto.dari shell gombak(dekat tol gombak) ke shell gua musang.minyak hampir separuh tangki…
salam..nk tnye nih..berapa kos tukar timing belt kereta myvi 1.3 yea..kete nih dah 70k lebih..dah bole tukar x??tq…..
orait..dah dapat confirm dah..rupanya 1.3 xpakai timing belt..die pakai timing chain..hehehe….sory yea..baru tau..
Betul, Myvi tak pakai timing belt, boleh la berjimat sikit..
sebenar nya kalau nak kate jimat 2 mungkin tidak lah..sebab kos menyeleggaraan timing chain lg mahal dari timing belt..cume timing chain kte xperlu berjaga2 selalu banding timing belt.proton sume gune timing belt kecuali inspira,kurang kite dgr cite pasal belt putuskan?so itu sme bergantung ats penanduan pemandu itu sendiri..
broo..myvi 1.3 n saga 1.5
beza kot…of course la ada beza yg x dinafikan
yg saga makan minyak..cuba compare dgn saga 1.3
tu baru betul nk tgk perbezaan..
Dah compare dengan Saga 1.3 BLM (bukan Saga FL), Myvi masih jimat minyak berbanding Saga BLM.
saya budak baru lagi dalm dunia kreta ne.. nak angkat saga fl, mcmna dengan penggunaan mnyak saga fl cmpere dngan saga fl?? jimat x?? sbab dah gatal sangat nak beli keta ne.. x tau nak pilih saga fl ke myvi?? tlong pless..
~~ salah…saga fl dengan myvi se..???
sila pilih Saga FL dari segi long term.
MyVi SE sudah boleh angkut Persona dah.
kalau aku awai2 lagi pilih saga fl sebab :
1. harga jauh lebih murah dari myvi se(murah banyak)
2. ruang penumpang yang selesa.
3. ruang bagasi yang luas.
4. rupa bentuk yang cantik berbanding blm.
5. enjin yang telah dipertingkatkan.
6. pemanduan gaya lotus.
7. body lebih kukuh.
8. perbezaan penjimatan minyak dgn myvi adalah terlalu kecil. baru2 ni ada la bersembang dgn jurujual di proton edar. beliau mengatakan ujian telah dibuat dgn myvi dan hasilnya saga fl lebih jimat minyak. mugkin dalam jumlah yg kecil saja kot. tetapi masih berbaloi…
9. kalau nak bandingkan harga saga fl sila bandingkan harga perodua viva elite…..
Hi. Sy nk lari topik la skit. Now sy pakai myvi ezi rasenye agak jimat minyak. Tapi sy bqru ditukarkan ke hospital lain. So dlm sehari, sy ulang alik 100km. Sy kesian myvi so skrg tgk survey kereta lain n i’m so interested to mitsubishi asx. I dh test drive new altis, civic, asx ni so plg best i rase asx. Just nk tny if u can help me, asx penggunaan minyaknye mcm mana? I dont think nk speed more than 120 km/h klu just nk g kerja. Thanks
Ish, kalau dah mampu pakai ASX rasanya tak payah fikir lagi pasal minyak, sebab paling kurang pun kena pakai RON97, RM2.50 sen je seliter..hihi..gurau je..
Ok, kalau diikutkan penggunaan minyak ASX, Civic, Altis dan model-model lain yang seangkatan dengannya, tahap penggunaan minyak boleh dikatakan berada pada tahap biasa, maksud saya taklah sejimat Myvi, tapi nak kata makan minyak sangat macam Citra saya pun tak jugak.
Cuma masalah kereta baru ialah kita sayang nak pakai RON95, tapi RON97 mahal pulak.. Kalau berminat ASX beli aje, jangan risau bab minyak tu, biasalah kereta saiz macam tu, enjin pun berkuasa, harga pun boleh tahan, jadi saya rasa mcm mana pun Zatiel tak akan ada masalah untuk berjimat..
Coz salesman tu ckp klu g kl jimat je. Sy tkt jd cam naza ria ya rabbi macam gajah sedut air.tp sy x nk la pecaya ckp dia bulat2 so thats y la nk tny pndangan org yg biasa ngan mcm2 car. Klu leh nk save la x kn nk spend tuk minyak kete je. Tuan kete pon nk mkn jgk. Ok thanks but btl ke mitsubishi resale price dia turun sgt?
Memang betul Naza Ria, Spectra dan Citra makan minyak kuat bukan main, kalau dibandingkan dengan ASX, dah tentu ASX lebih jimat, sebab tu saya katakan model tu boleh beli..
Berkenaan resale price, tak turun banyak sangat tapi still tak boleh lawan Toyota dan Honda. Kalau nak kereta yang harga resalenya tinggi, kena beli Toyota atau Honda.
Ok thanks ^^
Semua ni tengok berat n cc enjin juga.
p/s: nak jimat pakai kancil je. Beli murah, minyak murah, spare part pun murah.
guna viva jer..1000 c.c..fulltank dari kulim ke k.l..baru turun 3 bar…main dlm k.l seminggu tiap hari..ok ja..dapat 800km fulltank…
ishh.. klu aku, rasa2 hondalah yg paling jimat minya tak kira banding ngan myvi ke viva ke ataupun kancil..
aku dah test dan terbukti minyak 10henggit bleh jln sampai 200km dgn speed biasa je la.. dlm 80-100km/j.
nissan slyphy kategori segmen c yang paling jimat minyak….transmisi xcvt membantu penjimatan pada rpm 2000 pada kelajuan 120km/j….balik dari peneng sampai kemaman melalui gerik dan kelantan hanya separuh tanki sahaja……hehehehe power kete nie…pada rpm 3000 buleh pg 140kmj- 160kmj….bergantung pada mod sport @ standard
xadil jika dibuat perbandingan minyak sebegitu sahaja..myvi 1.3cc wira 1.5cc..so mane leh kata mcm tu..mcm tu baik amik kete kancil je..lg save minyak..
myvi 1.3 sx(new car) full tank rm58=460km(esso)
=406km(bhp)
average driving not more than 110km/j
banding 1.3 myvi ngan saga 1.3 myvi jimat skit.tp x byk.nk kata paling jimat tu mitos je.kancil lg jimat.
VIVA ELITE 1.0 OK TAK?DARI SEGI HARGA,MINYAK & PENGGUNAAN……
saya nk tnye..ape perbezaan myvi & picanto..dari segi penjimatan minyak, service die and so on…
perodua memang jimat minyak…
aku bujang lg..aku minat tengok myvi dan persona..kalo pasal bab minyak n harga ni,mana lgi berbaloi?
untuk pengetahuan. myvi berbeza dgn proton lagi laju bawak lagi save minyak. aku blik kg kat klantan dari ulu klang. minyak rm60 je bawak 140km/j. sebab myvi ada dvvt.(DINAMIK VARIABLE VALVE TIMING)bila memandu melebihi 100km/j ada satu valve kat enjin akan behenti beroperasi dan diambik alih DVVT berkenaan. rasa nye lah.
siapa2 boleh tolong explain kan…
rasa pelik pulak di sini
K3-VE This new-generation 1,300-cc engine is the fruit of Daihatsu’s efforts to develop ultra-lightweight engines that offer ultra-low fuel consumption and ultra-low emissions. The DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) system, which continuously adjusts the valve timing according to driving conditions, helps the K3-VE achieve outstanding intake efficiency and exhaust performance. The result is an engine that combines high output and torque with exceptionally low fuel consumption and exhaust emissions.
http://www.daihatsu.com/technology/engine/eng_varia/varia.html
Ape-ape hal pun tengok pada kaki tuan yang memijak pedal minyak.. kalau asek nak jejak lantai je pedal tu… tuang banyak mana sekalipun minyak tu tetap habis jugak minyak tu… cuma kilometer je yang berbeza…
nak kata jimat sama je dengan Saga FL…tapi myvi baru sekarang harga meletop
salam…. aku sgt rungsing pasal myvi aku ni… bile kelajuan mencecah 120km/h keatas (RPM 3000 keatas)… bunyi berdengung enjin yang teramat kuat… bawak jumpe pomen..die pun tak berapa pasti masalah ape… sebab bile tekan minyak dalam neutral (tak bergerak) pun sama gak akan berdengung satu kereta.. bile RPM melebihi 3000 keatas… minyak ok jimat…cume tu saja masalah nyer
bunyi berdengung tu rasanya datang dari tali kipas enjin ataupun air cond. cuba try off kan air cond ada bunyi lagi tak.
PASANG TULBO POWER TU
lebih kurang jer rasanya ngn model tempatan yg lain..saya pakai the new persona balik kampung kat kelantan isi minyak RM60 pon lepas…depend la on capacity..kalau single and nak senang gerak ok gak MYVI ni..but value for money..i dont think so…harga nak dekat sama jer ngn sedan and boot x berapa luas sgt..tapi inside MYVI selesa jugak…apa apa keter pon carik yg selamt..jgn neglect airbag tu..biar tambah skit pon…sbb stgh model perodua ni dah mcm tin kosong kalau ambik yg basic…
mamber i dah beli myvi 1.5…dah pakai 1 minggu lepas…dari segi minyak memang kuat makan minyak..baik lg myvi 1.3 or saga flx kot…and masalah utama bila tekan minyak ada bunyi enjin kuat vdgr dari dalam kereta…..
Enjin baru memang macam tu, dia belum running habis lagi dan tak cukup edah lagi…bila dah 1000km ke 5000km baru la dia akan stabil dengan sendirinya…ni pengalaman aku beli kereta baru 1st perodua dan 2nd toyota semua mengeluarkan bunyi agak kuat bila start enjin…
vtec lebih power daripada myvi, kancil turbo, dan alza atau saga korang… pigi dah…. harapkan minyak saja jimat tp kualiti mcm sampah…
aduh..statement paling bangggang penah aku baca..kau baca dulu VTEC tu based pada apa dulu baru layak komen kereta orang lain sampah ke tak..
enjin VIOS lagi kuat bunyinya kalau berhenti dekat lampu isarat dok sebelah waja malu rasanya.
apa ko merepek ni??
hello..sapa2 boleh tak bgtau anggaran minyak selama sebulan kalo guna keta myvi 1.3 standard auto dari bangsar ke damansara utama?
kira la sendiri, aduyai ko ni..cuba kau isi full tank sampai clocking menatang hos minyak tu, pastu kau set meter 0, then da jalan dalam 100km, kau pegi balik tempat kau isi minyak tadi isi balik sampai penuh, kalau kau isi masa tu RM10.00 , maknanya kereta tu jalan dengan 100km bagi RM10.00, pandai2 bahagi la..apa susah sangat..benda ni takyah belajar pun tahu..