Bersumberkan daripada blog sahabat kita iaitu the petrolhead, Perodua Myvi baru atau pengganti Perodua Myvi sedang dalam peringkat ujian di atas jalan raya oleh Perodua. Nampaknya Perodua Myvi baru makin hampir dilancarkan oleh Perodua dan situasi ini perlu diambil perhatian segera oleh Proton. Perodua Myvi telah terbukti sebagai ‘Proton Killer’ sejak pelancarannya pada tahun 2005. Sehingga kini Proton masih gagal menyaingi jumlah jualan kenderaan Perodua semata-mata kerana model Myvi. Berdasarkan foto-foto spyshot tersebut, Perodua MYvi replacement kali ini bakal ‘membunuh’ sekali lagi model kereta dari Proton. Saksikan sendiri foto-foto tersebut dan buat penilaian anda sendiri.

Berdasarkan foto di atas, Perodua Myvi baru kelihatan lebih sporty dan elegan daripada model sebelumnya. Tidak dapat dipastikan sama ada Perodua Myvi baru akan menggunakan enjin 1.5L yang kini sedang digunakan oleh Perodua Alza. Nampaknya berita ini telah menyebabkan ramai peminat Myvi yang menangguhkan dulu hasrat untuk membeli sebuah kereta baru. Berita baiknya dengan pelancaran Perodua Myvi nanti ialah harga Perodua Myvi terpakai akan jatuh dengan sendirinya dan semakin ramai rakyat Malaysia yang akan mampu membeli sebuah Perodua Myvi terpakai. Mengikut harga pasaran ketika ini, harga Perodua Myvi terpakai keluaran 2005 – 2009 masih lagi tinggi iaitu antara RM30k sehingga RM40k.

Tajuk post berkaitan :