Antara khabar angin yang bertiup kencang dalam arena permotoran ketika ini ialah Proton Waja bakal digantikan dengan model terbaru. Waja, sebuah sedan keluaran Proton sepatutnya sudah digantikan dengan model terbaru selepas lebih 10 tahun keluaran pertamanya. Sebelum ini banyak khabar angin yang tersebar mengenai Waja replacement model tetapi sehingga kini berita-berita tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.
Peminat-peminat Proton Waja sudah menunggu terlalu lama akan kehadiran model pengganti. Adakah Proton tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing kembali dalam segmen kereta sedan @ saloon yang ternyata sengit? Mungkin ketika ini Proton beranggapan model terlaris mereka iaitu Proton Persona sudah memadai bagi memikat hati pembeli-pembeli tempatan.
Khabar angin terbaru yang paling hangat ketika ini ialah Proton Waja bakal digantikan dengan model kereta daripada syarikat pembuat kereta Jepun iaitu Mitsubishi. Mungkinkah model pengganti tersebut akan mempunyai ciri-ciri dan DNA daripada model Evolution, atau setidak-tidaknya daripada Lancer 2.0 GT?
Ramai pemerhati dunia permotoran yang menganggap kerjasama Proton dan Mitsubishi adalah baik namun dengan mengeluarkan semula model kereta dari Mitsubishi secara rebadge (Contoh terbaik adalah Naza dan KIA) tidak akan membantu Proton bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat automotif dunia yang lain. Mereka beranggapan Proton sepatutnya meneruskan R & D bagi mengeluarkan kereta model terbaru seperti mana yang mereka lakukan terhadap Proton Waja, Gen2, Savvy, Persona dan Satria Neo.
Mengejutkan apabila Mitsubishi Lancer dikatakan bakal direbadge semula bagi menggantikan model Waja. Adakah Proton akan mengguna pakai strategi yang kebiasaannya dilakukan Naza terhadap banyak model kereta dari KIA? Kemungkinan paling besar ialah Waja replacement model akan menggunakan platform daripada Lancer 2.0 GT, sama seperti apa yang dilakukan terhadap Proton Wira terdahulu. Waja replacement model dijangka akan dikemukakan oleh Proton pada penghujung tahun ini.
Sumber foto : Blog Paultan & Google













so mitsubishi ganti waja skrg ke?
Ya, waja baru dari model Lancer Fortis.
saya kagum dengan reka bentuk proton waja baru….tetapi kenapa proton tidak mereka cipta rekaan bentuk proton sendiri.mengapa perlu meniru rekaan bentuk kereta d negara luar.negara kita boleh menandingi negar-negara maju.Orang Malaysia mampu membuat reka bentuk yang lebih sporty dan mampu menandingi pengeluran kereta yang termasyhur di dunia seperti Mitsubishi,bmw dan lain-lain lagi.Kita perlu tunjuk bahawa negara kita mampu bersaing dengan pengeluaran kereta di negara lain.MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!.
Proton kembali bekerjasama dengan Mitsubishi, jadi model Lancer dijual kembali oleh Proton atas nama waja. Salah satu faktor kenapa Proton tidak membina kereta Waja sendiri ialah kos yang tinggi. Jalan mudah ialah merebadge model lain, kos rendah dan dapat meminimakan kerugian jika produk kurang laku.
Mungkin beberapa tahun lagi Waja akan dibina sendiri oleh Proton, harapnya begitulah.
proton tidak berkerjesama dgn mitsubisi lagi..cume proton ambil model mitsubisi sebab proton bakal bersetuju ambil kereta mitsubisi yang paling tidak laris tuk di gantikan dgn model perdana.
bukan soal kos sebenarnye..tapi soal nak tarik keuntungan..mitsubisi lanser mmg ramai y idamkan..jadi ia akan menaikan jualan proton.saham proton juga akan meningkat mendadak..dan ia sebagai langkah selamat proton menggekalkan momentem cemerlang exora..yang hanpir tiada komen dari pembelinya..jadi proton mmg tidak berkerjesama membina kereta..tapi sebenarnye menjalan kan urusniaga memperoleh keuntungan bersama..kerana mitsubisi bakal mengambil satu atau dua platform dari model proton tuk bina kereta pasaran indonesia…tunggu…lihat siapa hebat..proton atau produa…
Wah, info yang bagus dari rahsia RnD, nampaknya Proton semakin hebat dalam merancang kebangkitan semula mereka, harap2 lepas ni sales Proton akan melebihi sales Perodua.
mmg ramai dah tau mitsu ni tak laris yg proton lak pegi amik model ni buat apa? org tak pandang sgt mitsu ni…brand toyota ngan honda mantap sikit…bijak la memilih….
Kepada Abu, bukan soal bijak memilih atau pun tidak, sebenarnya Proton tiada pilihan, takkan lah Toyota dan Honda akan izinkan Proton guna model kereta mereka untuk direbadge, hanya Mitsubishi saja yang benarkan sebab dari dulu lagi Proton dan Mitsubishi ada kerjasama yang mantap.
Brand Mitsubishi tetap hebat, walaupun di negara kita Toyota dan Honda lebih menguasai pasaran, tapi sekarang ni dah banyak model terbaru Mitsubishi yang akan masuk, tak mustahil akan bersaing hebat dengan Toyota dan Honda selepas ni.
korang sume org kaya.. org2 miskin malaysia nak gak merase..
Terima Kasih Kerajaan Malaysia sebab bagi org2 miskin merasa pakai kete Lancer ni. Nk beli ori tak mampu.. asyik terliur je tgk org kaya tayang kete ni… dpt mcm ni pun cukup laaa… Terima Kasiihh Bebyk.. Terima Kasiihh Bebyk.. Terima Kasiihh Bebykkk..