Berita tentang model terbaru pengganti Proton Waja atau Proton Waja Replacement memang sesuatu yang panas dan dinanti-nantikan oleh semua. Proton Waja merupakan sebuah model yang dibina sendiri oleh Proton bermula dari R & D dan ianya bukan sebuah model yang direbadge semula dari Mitsubishi. Setelah lama dilancarkan oleh Proton dan popularitinya kian tenggelam dek kehadiran model kereta lain dari segmen yang sama seperti Toyota Vios dan Honda City, Proton Waja baru bakal dilancarkan oleh Proton pada hujung tahun ini. Hasrat Proton ialah untuk menguasai kembali pasaran dalam segmen C yang kini hanya bergantung kepada model Persona sahaja dengan jumlah jualan yang agak memberansangkan pada setiap bulan.
Jika dahulu Proton Waja dibina sepenuhnya oleh Proton, adakah ini bermakna Proton masih membina sebuah Proton Waja baru bermula dari A sehingga Z? Nampaknya percaturan seperti itu agak mustahil bagi sebuah syarikat seperti Proton yang mencatatkan keuntungan dalam kuantiti yang kecil. Proton mungkin tidak sanggup lagi menanggung risiko membina sebuah model baru dengan kos yang tinggi dan kemudiannya menanggung risiko apabila model tersebut hanya mampu dijual dalam jumlah yang sedikit dan tiada pulangan modal? Syarikat seperti Naza dan Perodua tidak memerlukan model kereta yang dibina sendiri untuk mencatat keuntungan jualan yang besar, sebaliknya cukup sekadar menjual semula kereta dari jenama lain yang direbadge semula. Nampaknya Proton sedang mengikut jejak langkah tersebut demi mengurangkan kos, seterusnya dapat mencatat kembali keuntungan seperti mana yang pernah mereka nikmati pada tahun-tahun sebelum 2005 dahulu.
Jika mengikut khabar angin dalam dunia permotoran, Proton Waja baru bukan lagi sebuah model asli dari Proton, sebaliknya ianya adalah sebuah model yang direbadge dari Mitsubishi. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana Proton seperti diketahui umum telah menjalinkan kembali kerjasama dengan syarikat Mitsubishi. Strategi yang pernah ditamatkan oleh Proton sedikit masa lalu dan kini Proton terpaksa menerima hakikat bahawa tanpa kerjasama dengan syarikat lain Proton tidak akan mampu membina dan menjual banyak model baru. Strategi yang sama kini digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang lain seperti Kia, Nissan, Mazda, Toyota, Ford, Subaru dan banyak lagi demi mengekalkan kelangsungan dalam dunia automotif yang memerlukan modal dalam jumlah yang besar untuk melakukan aktiviti R & D bagi setiap model baru.
Jika khabar angin ini benar iaitu Proton Waja baru ialah sebuah model dari Mitsubishi Lancer yang direbadge semula, bermakna Proton kembali melangkah ke belakang sama seperti ketika mereka melancarkan model popular mereka dulu iaitu Proton Wira. Walaupun strategi itu tidak menunjukkan bahawa Proton akan mengikut jejak langkah syarikat Kia dan Hyundai yang semakin agresif menjadi syarikat automotif gergasi, Proton sebenarnya tiada pilihan lain. Dengan kemampuan yang terhad walaupun mereka memiliki syarikat Lotus, Proton sebenarnya tidak mampu bersaing dengan syarikat automotif gergasi lain. Hatta dengan Perodua sekalipun Proton telah gagal, jadi apa yang boleh diharapkan dari Proton untuk bersaing dengan syarikat automotif dari Jepun dan Eropah?
Bukti eksklusif dan terbaru tentang Proton Waja baru versi Mitsubishi Lancer kini telah tersebar dalam blog automotif dengan paparan beberapa keping foto spyshot yang pertama kali berjaya dirakamkan. Setakat ini tiada pengesahan rasmi berkenaan ketulenan foto-foto tersebut namun ianya dipercayai adalah foto sebenar sebuah Proton Waja Replacement yang bakal dilancarkan nanti. Untuk melihat lebih banyak foto Proton Waja baru a.k.a Waja Lancer, sila berkunjung ke blog funtasticko design dan nilaikan sendiri ketulenan foto-foto tersebut.














proton bukan melangkah kebelakang..proton rebadge just untuk model waja n myb perdana saja..coz berapa kerat je bilangan waja n perdana kat msia klo banding ngan saga n persona..klo mcm persona,saga n exora tu mmg patut fully a new model by proton since demand utk kete2 ni tnggi n kos utk rnd terjamin utk dpt balik..proton dah byk berubah..cubela bg chance kat proton..thn depan n thn 2012 myb thn paling busy utk proton..sbb diorg dah bersedia utk ke pasaran global..tunggu la persona,perdana n emas kluar..model rebadge ni sekadar utk isi ruang sblm pengenalan model2 bertaraf antrabangsa
Sejak 7 tahun lepas Proton sepatutnya telah menjalankan projek R & D untuk mengeluarkan Waja baru, tapi mungkin Proton tersalah target. Proton mengeluarkan Gen2 dan Persona, jadi ruang untuk Waja telah diambil oleh kedua-dua model tersebut.
Setiap model perlu ada kesinambungan seperti Toyota Corolla dan Honda Civic, tetapi Proton seperti tidak mahu mengguna pakai teori tersebut yang telah terbukti berjaya untuk syarikat lain. Sebetulnya Proton perlu ada model benchmark mereka sendiri dan antara model yang paling sesuai ialah Waja dan Perdana. Cuba lihat apa yang terjadi terhadap Wira, sebuah model yang telah mati dan tiada kesinambungan, sebuah model yang tiada sejarah.
Harap perkara yang serupa tidak berlaku kepada Proton Waja, namun kemunculan model rebadge telah menjadikan Waja bukan lagi sebuah model yang akan mencipta sejarah panjang seperti Honda Civic.
mm…ramai yg tak tahu, waja adalah model pertama proton yg buat sepenuhnya oleh proton dgn kos RnD pada masa tu mencecah RM 1 billion (tinggi tu). waja nie dlm katogeri mid sedan, tidak seperti kategori B segment atau c segment yg mana harga lebih murah yg lebih mendapat sambutan. Kenapa waja baru nak replace skarang? Sebab kos RnD yg tinggi masa tu menyebabkan bertahun2 baru ar dpt buat pusing modal. Mid Sedan nie bukan ar fokus pasaran proton berbanding B, C segment, so, jln terbaik bagi memenuhi kategori nie diog JV dgn Mitsu dgn mghasilkan model gantian Waja nie dgn platform Mitsu lancer Evo. Kos RnD dpt dikurangkan n kos RnD bleh dimaksimumkan utk model2 baru pasaran proton.
Model Saga lama n Wira adalah dari model B segment rebadge terawal proton. Bagi melenyapkan legasi rebadge mitsu, Saga BLM dan persona tu menjadi pengganti kedua2nya. (proton Wira di UK dikenali sebagai Persona). Model gantian Wira nie pun akan mendapat nama baru. Sejarah panjang proton masih baru 25 tahun berbanding Toyota yg sudah 75 tahun. So, anggaplah kesinambungan proton baru nak bermula ke pasaran global dgn lineup saga (B segment), Persona replacement (C segment), model gantian waja (mid sedan segment), perdana replacement (luxury segment), exora (mid MPV), savvy replacement – EMAS (sub compact segment) dll.
So, what’s the problem? Bagi ar proton masa utk mencipta nama n sebagai rakyat m’sia, patutnya berbangga…
cheers!
Pendapat negatif dan kurang membina terhadap Proton sentiasa ada dan tidak semua pendapat itu salah, kebanyakannya ada kebenaran. Proton perlu bijak mengambil peluang, namun adakalanya kemampuan Proton terbatas atas sebab-sebab yang terlalu sensitif untuk dihebahkan ke pengetahuan umum. Diharapkan Proton akan terus melangkah dengan lebih berjaya bermula tahun 2011 nanti.
Kos R & D memang tinggi, sebab itu kerjasama teknikal dengan syarikat lain perlu. Perkongsian platform dan kerangka sesebuah model kereta untuk banyak syarikat automotif telah menjadi trend biasa sekarang, mungkin selepas ini Proton perlu bergabung terus dengan Mitsubishi jika ada keperluan mendesak.
typo error ; Model gantian Waja nie pun akan mendapat nama baru
mmm… model rebadge gantian waja nie bukan ar satu proses melangkah kebelakang proton. tapi nie ar strategi berpilih utk keluaran model2 proton bagi mengharungi cabaran automatif global yg sungguh kompatatif. Proton masih buat model2 baru dari A – Z bagi segment2 fokus pasaran mereka seperti C segment, B segment, MPV dan yg terbaru sub compact yg bakal keluar pada 2012 – EMAS.
Walaupun di pasaran domestik dari segi kuantiti jualan masih tidak dpt menandingi perodua, tapi lihat la percentage saingan mereka- sgt sedikit (29-27%) Margin keuntungan proton hampir 100% berbanding perodua terpaksa memastikan jualan yg tinggi utk dptkn margin uuntung yg tinggi sebab keuntungan keseluruhannya perlu ada bahagiannya kat toyota n daihatsu selaku pemegang saham terbesar perodua dan pembayaran royalti, consultan dll. terhadap model2 yg perodua gunakan dari model2 jepun tu.
So, conklusinya? – proton tidak gagal, cuma bersedia menderaskan momentumnya utk pasaran global dgn kehadiran model2 baru seperti persona R, EMAS dan MPV hybrid yg sdg dlm proses penilaian akhir.
Selamat maju jaya proton n happy aniversary yg ke 25!
cheers!
Proton mempunyai strateginya yang tersendiri dalam menghadapi persaingan dalam dunia automotif global, cuma mereka bergerak terlalu perlahan dan seringkali berada dalam zon selesa. Kegagalan Proton ialah apabila mereka mengeluarkan model yang tidak mampu pergi jauh dan tidak agresif untuk menawan pasaran. Mereka mensia-siakan peluang yang ada, tidak seperti Hyundai dan Kia.
Cuba lihat kembali kesilapan Proton apabila mengeluarkan model seperti Tiara, Juara, Savvy dan Gen2? Itu adalah barisan model kereta dari Proton yang dijual kepada rakyat Malaysia demi menjana kuntungan segera dengan alasan rakyat Malaysia akan membeli apa saja kereta yang disogokkan oleh Proton.
Hakikatnya model yang baik akan diterima dan model yang buruk akan ditolak. Kenapa majoriti pembeli memilih Toyota Vios dan Honda City? Kerana Proton gagal mengisi ruang tersebut yang sepatutnya diisi oleh model Gen2 dan Waja. Proton tidak perlu bergantung 100 peratus kepada teknologi kerana kemampuan yang terhad, tetapi cukuplah dengan mengeluarkan sebuah model kereta yang cantik dan elegan dengan putaran tempoh pengeluaran model baru dihadkan kepada 5 tahun sahaja.
Walau apa pandangan terhadap Proton, rakyat Malaysia tetap menantikan setiap model terbaru. Sama ada ianya adalah model seratus peratus buatan Proton ataupun sekadar model rebadge, jualannya bergantung kepada setakat mana model itu mampu menarik minat pembeli.
mm… saya x fikir proton bergerak terlalu perlahan. Bagi saya situasinya adalah kemampuan. 25 tahun adalah usia yg muda dlm industri automatif. bayangkan dlm 25 tahun dah bleh buat kereta sendiri n mencipta nama. Kalau dibandingkan dgn KIA/Hyundai, diorang dah mula industri automatif nie 46 tahun dahulu. Baru2 nie baru namanya menyerlah bila model2 baru diperkenalkan dgn menggajikan designeer terkenal dgn membawa gaya rekaan Eropah yg lebih menawan.
mmm.. x dinafikan Tiara n Juara adalah model yg tidak menepati pasaran m’sia. Tapi info dari org dlm, Tiara sepatutnya dibawa masuk utk kereta HICOM, tapi ada politik dalaman, terpaksa proton terima model nie walaupun engineer/designeer proton x setuju. Gen2 adalah model yg baik rekaannya cuma model nie khusus utk golongan muda yg lebih sporty. sebab tu ar x dpt tempat di m’sia (maklum la m’sia nie ramai sangat golongan tua…haha)
Tapi ada rahmatnya, bila persona lahir dari model gen2 ini dan sekarang..waallaa… model persona ini dinaiktaraf dan kita bleh lihat betapa bergayanya model nie sehingga dpt banyak award dlm n luar negara.
Bagi saya teknologi penting, sekarang proton dah bagus penguasaan teknologinya hasil bantuan anak syarikatnya di Uk – lotus. dgn adanya teknologi, proton bukan shj menjual kereta semata2 tapi penjualan teknologinya juga membawa keuntungan yg tinggi buat proton. Rujuk sahaja JV proton dgn syarikat2 China di sana.
Masih ada ruang kelemahan yg perlu di perbaiki oleh proton. Moga proton terus menempa nama di arena global
cheers!
Rakyat Malaysia sayangkan Proton sebenarnya, sebab itu timbul bermacam-macam kritikan, sebagai contoh model terbaru dari Proton sentiasa dinantikan..nice comment bro, kalau ada info terbaru drop la kat sini untuk paparan dalam arena kereta..
Bro nak citer tlg citer model2 dari BLM ke atas je la,x de maknenya citer2 kisah yg lalu tu..ade kisah tersembunyi yg x dpt dipaparkan kpd umum.
Nilaikan Proton dizaman Dato Said mengambilalih kuasa di Proton..Adakah langkah2 yg Proton buat tu kebelakang? Hehehe..kene stadi lagi ni broo…
Bro, blog Arena Kereta bukan macam blog Paultan atau Fastmotoring, apa saja yang berlaku dalam dunia permotoran aku akan cerita di sini, termasuklah apa yang berlaku 10, 20 atau lebih 30 tahun lepas. Lagipun pendapat aku tak sama dengan pendapat orang lain, cara aku berfikir lain, lagipun untuk pengetahuan kau bro, dalam berblog kita kena guna banyak strategi..baru boleh berjaya. Anyway, dalam blog ini akan ada cerita terbaru dunia permotoran dan akan ada jugak cerita pasal benda yang dah lepas-lepas, harap semua pengunjung dan pembaca boleh enjoy..
hehe… tuan umah x marah kan bila ada tetamu baru tumpang lalu.
Kehadiran blog cam nie adalah usaha yg bagus. Kita berdiskusi, bertukar2 maklumat, info, lontarkan pandangan, komentar dan kritikan membina demi meningkatkan industri automatif negara gak:)
Sharing is caring:)
cheers!
Semua pendapat dan pandangan dalam blog ini dialu-alukan bro, itulah tujuan blog ini diwujudkan iaitu untuk bertukar-tukar info dan pandangan sesama kita..
Saya sendiri nak komen dalam hal ini, saya rasa janggal sekali kerana saya bukan seorang pengguna dan pemilik produk proton.
Apa pun ini komen saya, bagi saya Proton walaupun sudah berusia 25 tahun masih mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri.
Pada masa hadapan Proton akan masih berdiri teguh kerana pada asalnya idea Proton ini diasaskan oleh Tun Mahathir, saya pasti beliau tidak mahu melihat Proton ‘jatuh’.
Malah Dasar Automotif Negara yang diumumkan baru-baru ini akan membantu pengeluar tempatan seperti Proton dan Perodua.
Selagi Proton disokong oleh kerajaan dan rakyat, saya pasti proton pasti dapat bersaing seperti pengeluar terkemuka kereta yang lain.
Proton perlu bangkit dari kesilapan lalu dan perlu menumpukan pada pasaran tempatan. Ikut sahaja kehendak pengguna, saya pasti Proton akan berdaya maju lebih lagi pada masa hadapan. Insyallah.
Saya rasa itu sahaja, apa pun komen saya pada model ini. Saya fikir ianya mampu menambat hati pembeli, cuma perlu dilihat dari segi kualiti dan harga. Kadang kala saya dapati produk keluaran proton untuk pasaran luar negara berlainan sedikit dari produk pasaran tempatan. Lebih2 lagi bahagian interior.
kenapa ya? boleh sesiapa bantu jawap persoalan saya?
Terima kasih Miey, saya pun sekarang ni tidak menggunakan produk Proton, Wira dan Saga kepunyaan saya dulu telah dijual, mungkin di masa hadapan jika ada model yang menarik saya akan kembali menggunakan Proton..saya tetap berharap Proton akan terus melangkah maju, kurangkan politiking dalaman dan berperwatakan lah seperti syarikat automotif gergasi lain, baru boleh berjaya.
Silapnya Proton ialah mereka cuba menjual jenama mereka dan nama negara kepada orang luar tanpa mengambil kira keuntungan, teori mereka ialah biar jual kereta murah di negara luar asalkan Proton dan Malaysia dikenali ramai.. Selagi Proton berfikiran seperti itu mereka tidak akan berjaya, mereka membina kereta untuk pasaran luar bergred A tetapi menjualnya di bawah paras keuntungan, sebaliknya produk gred B mereka di sini dijual dengan harga yang mahal..politiking dan pemikiran Proton memang pelik.
pasal harga luar murah mahal no komen la. Mcm org dok heboh2 harga proton kat mesir murah berbanding harga kat m’sia. Tapi org ramai x study market plak bila camry, vios juga dijual murah di sana berbanding di jepun. So, dgn kata lain org m’sia nie kalau bleh sumer nak murah
pantang kalau ada mahal sket kat luar sana..haha:)
Logik ar. tempat baru pasaran baru, jual ar murah asal ada untung sket. bila jenama dah dikenali dan kukuh, baru ar letak harga standard dgn harga pesaing lain. Kalau x cam ne nak bersaing. Mana2 business pun cam tu kn?
my 2 cents.
cheers!
Kereta luar seperti Camry dan lain2 murah diluar negara sebab duti import negara tersebut rendah, berbanding di negara kita duti import begitu tinggi, salah satu faktornya begitu ialah demi menjaga kepentingan proton. Harga kereta di singapura dan Thailand murah saja sebab mereka tidak perlu menjaga apa-apa, kita di sini lain, kerajaan terpaksa melindungi proton, kalau tidak tak ada sapa pun yang akan beli kereta proton. Orang beli kereta proton sebab harga murah berbanding kereta luar negara, kalau diberi pilihan dah tentu orang beli Honda Civic, atau setidak-tidaknya Honda City berbanding membeli Persona.
kenapa duti import kita tinggi? Sebab kerajaan protect company GLC automatif negara. Kenapa kena protect? Sebab Malaysia antara 11 negara pengeluar kereta kat dunia nie. Negara2 pengeluar nie gak protect company automatif diorg dgn berbagai2 cara. Tujuan asal proton ditubuhkan adalah utk memacu industri automatif negara ke arah negara maju. Selain memberi peluang majoriti rakyat berkereta.
mmm… kereta nasional pun kena tax ape. tapi x ler sebanyak tax kereta import. Ari tu tun M ada bagi tau lepas nie bila proton masuk era pasaran global, rakyat beli proton bukan kerana faktor murah, tapi kualiti. So, bila mcm tu harga pun setanding kualiti lah. Masa tu la rakyat pun bising, gov mkn duit rakyat la, tak patut ar kereta nasional mahal la bla bla bla… so klise. ONLY IN MALAYSIA
my 2 cents.
cheers!
so jwb la, yg ko citer pasal camry tuh buat ape? so ko setujula jual proton kat luar murah tapi lg berkualiti? jangan la citer camry ke, avanza ke…
Cuma produk proton iaitu perdana sahaja yang menarik minat saya tetapi bila dikenangkan harga serta masalah gearbox yang selalu saya dengar membantutkan hasrat. Kini tinggal angan2 sahaja.
Saya akan cuba buat satu entri mengenai proton nanti. Insyallah.
Ok Miey, saya nantikan post terbaru tentang Proton,kalau menarik mungkin saya boleh copy dengan kebenaran dan disiarkan dalam blog ini..
Sebagai rakyat Malaysia, kita cuma mahukan harga kereta yang lebih murah dari Proton. Kita tidak akan merungut jika harga yang sama dijual kepada negara luar juga dijual di sini, masalahnya ialah Proton menjual kereta negara dengan harga yang murah kepada orang lain, kepada rakyat sendiri harganya lebih mahal.
Bagi mengelakkan polemik ini berpanjangan, Proton perlu menjual kereta mereka dengan harga yang sama kepada rakyat asing seperti mana yang dijual di sini. Dengan cara itu rakyat Malaysia tidak akan rasa terkilan. Rakyat Malaysia bukan tidak menyokong Proton, cuma dalam keadaan-keadaan tertentu kita mahu apa yang dinikmati oleh orang luar, akan dapat dinikmati di sini juga. Jangan salahkan rakyat Malaysia jika satu hari nanti memilih kereta buatan luar berbanding Proton, dan trend seperti itu sebenarnya telah lama berlaku, semuanya berpunca dari Proton sendiri. Rakyat semakin bijak menilai apa yang berlaku dalam dunia automotif sekarang.
mmm… bro, bagi saya harga tu proton boleh bagi sama harga luar n dlm negara kalau bro boleh pastikan nilai matawang kita sama gak dgn negara luar. polisi berkaitan automatif negara luar kena sama dgn kat malaysia. taraf hidup rakyat luar sama dgn taraf rakyat m’sia, mentaliti negara luar sama dgn mentaliti negara kita, ekonomi stabil negara luar sama dgn negara kita, sosio-budaya negara luar sama dgn negara kita, yg penting harga minyak dan duty free negara luar sama dgn duty free negara kita dll. – kalau bleh sumer nie then confirm proton letak harga luar n dlm negara sama

mcm nie la.. pernah beli x kuih karipap kat klcc dgn harga RM0.80 sebijik? dan prnah beli tak karipap yg sama 3 bijik seringgit atau sebiji RM0.40 sen di tempat anda pula?
So, buat study case sket tentang nie kenapa berlaku cam nie… cuba fikirkn…
sbb tu sy malas nk komen bab harga nie… bcoz dlm business x semudah itu nak bagi semua sama jer…
my 2 cents.
cheers!
masalahnyer, katakanlah sume harga karipap yg dijual di malaysia ni adalah sama dengan karipap di klcc… tapi yg dijual di luar malaysia harga singgit 3… tu masalahnyer, cuber pikir skit masalah nyer lg… yg jual kat dalam nih lagi kurang kualitinya dr yg jual 3 singgit tuh…
proton melangkah kebelakang?…ni strategi je la bro. waja replacement je rebadge. exora, persona, saga, savvy dll semua buat sendiri. tak salah proton korek untung lebih (sbb modal rnd sikit) utk waja replacement demi kelangsungan model2 lain spt persona replacement, emas dan pelbagai projek lain.
Betul, Proton ada strateginya, harap2 kali ni strategi Proton betul, jangan ulang lagi kesilapan dulu-dulu..apa2 pun saya tetap menyokong Proton, yang betul saya akan sokong, yang salah akan dikritik.
Saya menggunakan kenderaan yang hanya saya mampu miliki sahaja.
Bukankah duti yang dikenakan adalah 200% dikenakan pada kereta yang diimport?
Betul ker production pertama dijual dengan harga yang tinggi sebagai permulaan? Setelah modal awal telah diperolehi barulah dijual dengan harga yang lebih rendah?
Apa agaknya akan berlaku jika proton masih lagi belum bersedia sekiranya duti import dikurangkan?
Proton korek untung lebih? Aduhai…Dunia2x…
Duti import yang dikenakan memang tinggi dan tidak munasabah, demi melindungi Proton. Proton masih belum bersedia untuk bersaing di pasaran terbuka, masih memerlukan perlindungan dari kerajaan.
Kerajaan melindungi industri automatif negara iaitu company GLC nya… Bukan proton sahaja. perodua dll. gak. Tapi kesian, asyik nama proton jer yg jadi mangsa.
Melalui AFTA, pasaran automatif kita pun dah beransur-ansur terbuka pun. Cuma protection kena ada, sebab thailand, indonesia n negara asean yg lain bukan negara pengeluar kereta. Malaysia jer satu2nya pengeluar kereta kat asean nie. yg lain tu dok tukang pasang kereta2 dari gergasi pengeluar kereta dunia je. So, sebab tu ar kerajaan x tunduk dengan desakan negara2 asean lain utk buka sepenuhnya pasaran kereta kita…
cheers!
Duti itu juga melindungi produa tp hanya proton yg dihentam bila tak boleh beli kereta murah.. siap puji2 lg walau viva tin melo rega 30k
Kita tak kisah kalau harga kereta Proton mahal tapi padan dengan kualiti. Masalahnya harga dah la mahal, kualiti tahap sama macam harga kereta murah. Kalau nak jual mahal pun biarlah kualiti tu padan dengan harga. Sekarang ni cuma Proton Persona dan Saga SE saja yang murah dan agak padan dengan kualiti.
ala lg ok per viva tuh dr saga iswarai rai tuh…
Duti tu untuk melindungi proton sebenarnya.. Kalau ikutkan harga perodua viva lebih murah, tapi kalau govt tak control harga mesti proton punya jualan merosot..
Contoh paling mudah masa exora keluar terus interest kereta luar naik..
Proton dah labur banyak untuk R&D dan jualan tak sampai 5% untuk pasaran eksport. 95% untuk cover domestik je.. Mesti la govt kena jaga proton..
Kita tunggu la bila proton dapat cover market international, mesti harga proton akan murah (kos rendah sebab volume jualan tinggi).. Jadi mungkin kita dapat pakai proton dengan harga murah masa tu..
Pada aku, harga proton masih mahal berbanding dengan features yang ditawarkan..
Tak salah kerajaan melindungi Proton. Masalahnya ialah duti yang dikenakan terhadap kereta luar terlalu tinggi, kemudiannya harga kereta Proton pula dijual dengan harga yang tinggi. Apa salahnya kalau kerajaan kurangkan duti terhadap kereta luar, dan harga Proton pula dikurangkan, baru adil terhadap rakyat sendiri. Ini dekat negara luar jual Waja dan Saga harga bawah RM40k, boleh pulak macam tu. Bayangkan kalau kat Mesir harga Waja RM40k, itu harga setelah kerajaan Mesir kenakan cukai. Harga tanpa cukai berapa ya, RM20K ke?
…mmm.. tapi kalau cam tu kenapa interest bank utk kereta proton lebih tinggi ek? Harga Viva lebih murah? mmmm… kalau viva lebih murah perodua x dapt untg ar sebab untg tu plak dah pasti kena share dgn toyot/daihatsu. Sebenarnya harga viva tu dah patut lebih murah sebab sumer model2 perodua adalah model2 yg dah didowngradekn dari model asal. So, harga murah sekarang tu sebenarnya adalah mahal. rakyat jer yg tak tau… tapi itulah..
X salah pun gov protect proton sebab proton kan GLC ape. So what?
Cuma …yelah… rakyat kalau bleh kereta nasional mcm proton sumer nak murah. X dapek den nak nolong…
cheers!
entah2, perodua nak jual murah proton yg tak bg… perception gak nih.
Setuju dengan pendapat amran. Memang harga proton mahal berbanding dengan apa yang kita dapat. Kita kena ingat kalau jualan sikit mestilah harga jualan pun kena tinggi untuk cover cost R&D. Kalau jualan dah banyak dan jualan pun dah boleh worldwide mungkin kos R&D & kos/kuantiti parts dapat dikurangkan. Kita kena bagi proton peluang, kalau tak kita siapa lagi?
Berkenaan harga diluar murah tu kita kena ingat takkan proton nak jual harga macam yang kita beli disini, mesti lah tak laku. Kalau kita tengok harga kereta lain dinegara tu dah memang rendah sebab tax tak tinggi macam di Malaysia, jadi kalau harga proton lebih kurang dengan harga jenama luar yang dah terkenal tentu pengguna akan beli produk yang berjenama.
Bagi aku itu adalah strategi untuk promosi proton, kalau dah berjaya tembusi pasaran luar mesti volume banyak dan kita dapat harga murah.
mmm… apa yg penting harga proton tu berdaya saing dgn pengeluar lain di negara2 tu. X perlu ar timbul harga murah mahal tu. Susah ar mcm nie nak biznes, sumer harga nak kena sama dgn harga domestik. Nanti kalau letak harga yg sama (harga domestik) di negara org tu, tapi x bleh nak bit dgn pengeluar lain, x ker tak laku n pastinya menjejaskan jualan kn?
Kata kuncinya; harga di luar sana tu berdaya saing dgn harga dari pengeluar lain.
cheers!
itupun x bejaya jugak…
utk apa kerajaan nak paksa diri melindungi proton,kalau ianya membebankan rakyat sendiri. tak kan tak boleh fikir dan lihat bagaimana susahnya hidup rakyat m’sia semata-mata nak memiliki sebuah kreta proton yg dijual dgn harga mahal mcm nak mati@mampus dan terpaksa buat loan dan bayar blk kat bank rata2 nya dlm jumlah hampir separuh dari gajinya. persoalannya kenapa harga kreta yg kita sendiri buat terlalu mahal sedangkan kreta luar di negara luar jauh lebih murah dari kita dan kualitinya pulak jauh lebih baik. Sampai bila nak teruskan dasar2 yg memberi kepentingan kepada sebahagian ahli politik & kroni tapi membebankan rakyat sendiri. Rakyat Sebenarnya Tahu Permainan ini semua!
mmm… dah tahu x mampu, jgn ar beli. Banyak lagi pilihan murah yg lain yg ada. So, x la terbeban kn? Biarkn sahaja yg suka n minat n mampu beli kereta nie beli. Duit diorg. Suka ati diorg ar.
Yg x mampu tu, kalau berangan nk gak, motivasikan ar diri utk tingkatkan ekonomi hidup supaya dapat ar beli model kereta nie;)
Proton tu GLC ar. Kerajaan ada hak protect mana2 company GLC terutama dlm industri automobil nie supaya industri nie bleh terus berkembang n bila berkembang, manfaatnya rakyat jugek yg dapat;)
“…. kenapa harga kreta yg kita sendiri buat terlalu mahal sedangkan kreta luar di negara luar jauh lebih murah dari kita dan kualitinya pulak jauh lebih baik. …”
sama gak kalau persoalan lain mcm nie timbul;
“… kenapa rate duit kiter x sama mcm negara lain? kenapa kos hidup diorg tinggi kenapa tidak kiter? kenapa dasar diorg lain, x mcm dasar2 kiter? kenapa kenapa kenapa bla bla bla…”
so, nk banding biar ar pada padang yg sama. Tapi mmg x mgkin dpt terbanding sebab setiap negara ada ada cerita n senarionya…
my 2 cents.
cheers!
Si Fauzan hujahnya agak dangkal; ashik2 dgn membela Proton; orang bukan nak menjatuhkan Proton; tetapi meluat dengan Proton yg diterajui oleh orang2 sombong dan bodoh yg gaji mereka dibayar oleh pembayar cukai…orang yg memberi komen ada juga yg telah bekerja diseluruh dunia dan boleh melihat kepincangan dgn mata kasar….tak perlu ayat2 yg bombastik…
berkaitan GLC; satu GLC aje yg untung di Malaysia tanpa apa2 perlindungan malahan memberi perlindungan kepada GLC lain seperti Proton; namanya Petronas….GLC terbesar yg memiliki Proton seperti Khazanah juga adalah GLC yg mencatatkan kerugian….mereka ini dipimpin oelh krono2 bodoh yg kerja mereka siang malam berfikir macam mana nak syphon duit masuk poket sendiri dgn lebih banyak lagi…peduli apa dgn rakyat yg membayar loan kereta melebihi 40% gaji mereka….
mmm…apa2 lah anonymous, saya x perlukan penilaian drp org mcm ko. Biar org lain yg bijak menilai;)
Sekurang2 nya saya x ar merepek meraban mcm ko dgn andaian2 serong. Sikap pesimis ko tu dengan tanggapan2 negetif tu boleh ar mempengaruhi org yg tak tau apa2. tapi saya…no way bro (sorry…. berlagak sket)
mmm…salah ke kalau pertahankn apa yg benar? Dan ko tu dari awal sampai akhir nie dok cakap2 yg bukan2 tu, tak sedar2 gak ker?
ohhh… saya lupa, kat dunia nie ko jer yg pandai..asyik gelar org lain bodoh jer… doa tu sheikh, nanti doa tu diperkenan kn kat diri sendiri… nauzubillah.
salam n cheers!
aku rasa anonimos tu lg betul dr ko, ckp org ln tin kosong, mcm ko bagus.basher kepada basher proton yg taksub
Kerja kroni2 jahanam ini trmasuk spekulator ini hanya untuk menaikkan saham Proton ketahap yg maksimum supaya mereka boleh cash out dan mencatat untung sebanyak mungkin…..apa yg rakyat biasa yg tidak memiliki saham Proton tetapi terpaksa membeli kereta Proton yg sub-standard yg disuapkan kepada mereka…..kalau ikhlas untuk buat kereta kepada rakyat..buatlah kereta yg berkualiti tinggi terutamanya dgn mengutamakan faktor keselamatan …anda boleh lihat Proton Saga; model paling murah….bagaimana features keselamatannya….?
aku pakai proton saga lama ok je…beli murah lak tu.tak ade masalah pon….body besi klu lancer langgar bumper blkg aku kompom tertanggal bumper dia..klu waktu jem lg best..kete besar2 siap bg laluan lg kat aku..
keta mahal banyak ciri keselamatan pon kemalangan gak bro…tgk cara pemanduan …la
btul la tu bro kamis, dalam setandan proton yg x berkualiti, adala satu dua yg ok. tu bumper proton dulu tu. skang punyer bumper saga, langgar togeh pun ada picah maaa…
btul, berapa byk ciri2 keselamtan pun, kalu dah manusia tu manusia jugakla
Proton tidak ikhlas…..
mmm… ko jer yg ikhlas.
cheers!
BOIKOT PROTON
mmm…what’s wrong with him?
fius ada terbakar ker?
Jawapan rakyat Malaysia kepada ketidakupayaan Proton – BOIKOT
Jawapan rakyat Malaysia kepada Proton : BOIKOT
org skarang nak rakyat dpt hak keta bkualiti dan murah.memang patut boikot proton ni sebab nak bela proton ni keta luar jadi mahal. Dulu keta nissan sunny murah je.. bila keluar proton semua keta paksa jadi mahal sebab nak bela org proton ni.tngok Thailand pun lebih maju outomotif dia banding kita dgn hanya jadi tukang pasang keta. Rakyat pun boleh dpt byk peluang keja apa?ikut la polisi thailand kalau nak maju industri keta.beribu rakyat pun boleh dpt tawaran kerja bganda dr yg ada kat kilang proton.
Proton mesti diboikot; kereta Proton versi Waja baru tidk memberi apa2 makna kepada rakyat; ia tiada jiwa; kereta seperti itu pun boleh dibuat oleh pemasang2 lain; tukar logo dan dakwa ia sebagai kereta nasional.
Pandainya…gie ar tambah ilmu lagi.
How about Perodua? x nak boikot ker? …Bias.
cheers!
“mmm… dah tahu x mampu, jgn ar beli. Banyak lagi pilihan murah yg lain yg ada……”
Kenyataan di atas adalah kenyataan Si Fauzan; baruah upahan Proton..itulah sifat tipikal mereka yg selamanya tidak akan merendah diri dan mengaku kesalahan yg dilakukan…..disebabkan ketidakupayaan Proton; kita menjadi kompetetif; wang yg sepatutnya digunakan untuk perkara yg lebih berfaedah seperti menguatkan pengankutan awam telah dibocorkan untuk menyambung hayat Proton; banyak wang rakyat telah digunakan untuk membayar harga kereta import terutamanya kereta re-cond pada harga yg sangat mahal; itu pun bukanlah harga sebenarnya; harga sebenar adalah 60% lebih murah; lebihan 60% adalah digunakan untuk membayar duti kepada kerajaan sebanyak 20% dan baki 40% adalah keuntungan penerima2 AP (kroni politik) yg terdiri dari orang bumiputra; yg banyak terjadi orang2 bumiputra penerima AP hanya mengambil untung atas angin dan menjualnya kepada towkey Cina….Sedihnya negara ini; kita telah banyak membuang wang untuk membayar cukai dan menagggung biawak hidup…….
kita menjadi tidak kompetetif
wah wah wah…. ayat ko nie dah mengalahkan perdana menteri ar. Bleh ar kot saya rekomen kn bakal PM
Tapi sah2 kena reject sebab bleh memusnahkan negara n meruntuhkan maruah bangsa. (sorry…)
cheers!
Itu tidak termasuk cukai jalan…ironisnya sungguhpun anda membayar cukai jalan dan cukai2 tidak langsung lain berkaitan kereta; acapkali perjalanan anda akan juga dilengkapi dengan cukai tol yg berselirak di seluruh lembah kelang…
Marilah kita sama2 memboikot PROTON; cari saja kereta 2nd hand model2 Jepun atau Korea yg berkualiti pada harga yg lebih munasabah….dengan memboikot mereka; anda akan mengajar mereka utk tidak bersikap “Complacent” atau “bebal” seperti baruah mereka yg bernama Si Fauzan….
hehehe… lucu ar ko nie. May Allah bless u.
peace n cheers!
Konsesi tol di Malaysia di kawal oleh orang2 politik (UMNO, MCA, MIC, Gerakan), kaum bangsawan dan kroni mereka…..tak perlu menajdi bijak dgn belajar ilmu accountancy atau ekonomi di menara gading untuk mendapatkan konsesi tol ini; monyet pun boleh jadi kaya raya sebagai pemegang konsesi yg dijamin oleh kerajaan Malaysia….
mmm.. what the hell this guy come from? ..pperrghh.
Hello, Kalau dah x leh terima kritikan n pandangan org lain x yah ar hasut n hina org lain… So bad attitude my dear.
Biarkan org bijak yg menilai. Not people like u, anonymous.
Sesiapa yg nak boikot proton sila lah. Kita hidup di negara demokrasi. Anda ada hak. Cuma gunakan ar hak anda dengan bijak:) Anonymous nak boikot proton sila kan, proton pun tak suruh hang beli kereta depa. Cuma kalau hang nak beli, depa x larang..Mgkin ar sebab ko tak mampu beli tu, dok tekan meraban suruh letak harga lagi murah kot. (soorry…). dan selebihnya biarkan lebih 600,000 pengguna lain menikmatinya kerana itu juga kn pilihan mereka?
Kalau si luncai nak terjun dengan labu2nya. Nak wat cam ne…biarkan…biarkan…
moga anda bahagia…
peace n cheers!
balik2 dgn 600k org beli proton, diorg beli sbb “murah” je, kalu keta lain mahal 10k skali pun diorg akan cuba beli jugak keta tuh… nasib baik keta lain tuh mahal sampai 30k seperti yg hang ckp…
mm.. nie pendapat ko jer kan? gud. Beli ar kereta nasional yg lain seperti perodua, naza dll yg lebih ‘murah’. x yah ar beli proton yg ‘mahal’ tu.
cheers!
Salam Sejahtera
Kenapa Marah Sangat Kepada Jenama Proton..Kenapa tidak kepada perodua yang melakukan perkara yang sama.
Mohon guna bahasa yang melambangkan peribad anda.Jika tidak mahu membeli jenama proton usah beli ..Saya mahu lihat saudara mengetuai kempen berkenaan.untuk makluman kempen boikot di malaysia ni tidak mendatang penghasilan sangat jadik usahlah taksub dengan perkataan BOIKOT
Perhatian kepada semua pihak yang menulis komen, saya harap tuan-tuan tidak menggunakan perkataan yang tidak elok atau keterlaluan semasa menulis komen. Jika keadaan tidak terkawal atau boleh mendatangkan mudarat kepada blog ini, saya mungkin terpaksa membuat tapisan komen. Harap maklum.
bagi pihak diri saya, maaf bebanyak maaf kalau tuan rumah ada tersinggung dgn komentar saya. Harap sumer kat sini jugek jaga tata susila n junjung ar budaya murni cara kita berbahasa. Bahasa itu kan gak kn lambang peribadi… sekian:)
cheers!
Ya betul tu Fauzan, setiap komen dialu-alukan, tapi biarlah berlangsung dalam suasana aman dan harmoni..
Bagi Saya Fauzan tidak perlu mohon maaf kerana beliau tidak menggunakan bahasa yang kasar..cuma individu yang bergelar unknown perlu belajar menggunakan bahasa yang lebih sopan ..
Ya betul, saya harap individu berkenaan sila ambil perhatian. Saya dah letak widget ‘Rate This’ jadi kita boleh guna widget tu untuk menilai komen yang bagus atau tidak bagus..