Toyota Corolla 2013 Bakal Tiba Jun Ini

toyo 640x474 Toyota Corolla 2013 Bakal Tiba Jun Ini

Nampak menarik bukan? Inilah gambar “teaser” yang telah dikeluarkan oleh Toyota untuk Toyota Corolla 2013 yang bakal dilancarkan sekitar Jun ini. Pasti ramai yang sudah tidak sabar dan ghairah untuk melihat keseluruhan versi terbaru Toyota Corolla ini.

Kemungkinan besar huruf “S” yang terpamer di dalam gambar di atas menunjukan ini adalah varian Toyota Corolla yang “sporty“. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan kemunculannya. Hanya tinggal lebih kurang beberapa minggu sahaja lagi. Harap bersabar ye semua!!

(2 GAMBAR)Spyshot Proton Preve Hatchback

preve (2 GAMBAR)Spyshot Proton Preve Hatchback

Pastinya peminat-peminat kereta Preve akan teruja dengan gambar spyshot hatchback ini. Gambar yang dikongsi menerusi forum Lowyat ini dikatakan versi produksi untuk Proton Preve Hatchback. Nampak agak menarik kan?

preve2 (2 GAMBAR)Spyshot Proton Preve Hatchback

Selain itu Paultan turut sama berkongsi sekeping gambar Proton Preve Hatchback yang kelihatan sedang dipandu uji. Sama-samalah kita nantikan bilakah ia akan dikeluarkan secara rasmi.

Perodua Lancarkan Pakej “Terima Kasih Cikgu” Sempena Hari Guru

perodua2 640x404 Perodua Lancarkan Pakej Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru

Hari Guru telah pun berlangsung semalam. Pasti para guru masih terasa kemeriahan sambutan di sekolah masing-masing. Ada berita baik untuk para guru, bersempena dengan Hari Guru, Perodua telah pun melancarkan pakej “Terima Kasih Cikgu” sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa para guru.

perodua 465x640 Perodua Lancarkan Pakej Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru

Pakej istimewa ini adalah untuk kesemua jenis kereta keluaran Perodua.  Tawaran yang ada di dalam pakej ini ialah RM1,000 rebat, RM20,000 insurans kemalangan peribadi dan 2.7% kadar faedah pinjaman. Selain itu servis percuma untuk 3 tahun turut sama ditawarkan. Info lanjut mengenai tawaran ini boleh layari www.perodua.com.my.

Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

ego7 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Sempena ulang tahun ke 50, Lamborghini telah melancarkan Egoista, sebuah kereta konsep untuk meraikannya. Egoista yang bermaksud “selfish” telah diilhamkan daripada helikopter Apache dan mempunyai rangka aluminium dan fiber karbon.  Egoista hanya boleh digunakan oleh seorang pemandu sahaja.

ego8 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Lamborghini Egoiesta dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang digunakan di dalam Lamborghini Gallardo. Sekali tengok, memang rekaan Egoista sangat unik dan mampu memikat hati para jutawan seluruh dunia sekiranya dibuka untuk jualan.

ego9 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Lagi beberapa keping gambar Lamborghini Egoista dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

[Read more...]

Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

mazda3 640x442 Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

Mazda6 yang sudah pun berada di pasaran sememangnya menarik perhatian ramai. Rekabentuk yang bercirikan Kodo menyerlahkan lagi kehebatannya. Dan nampaknya generasi baru Mazda3 turut sama menggunakan Kodo sebagai asas di dalam rekabentuknya sekaligus menjamin mutu yang tinggi.

mazda5 640x439 Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

Yang menarik perhatian ialah rekaan dalaman Mazda3 2015 yang nampak lebih moden dan canggih. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan kemunculan Mazda3 2015 di Frankfurt pada bulan September ini. Sama-samalah kita nantikan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

[Read more...]