Video trailer Fast & Furious 6

Fast Furious 6 Video trailer Fast & Furious 6

Siri baharu filem Fast & Furious 6 akan menemui penonton secara rasmi pada bulan Mei 2013 akan datang. Di bawah berikut ialah sinopsis dan klip video trailer YouTube berkenaan filem tersebut; [Read more...]

Filem “The Last Stand” tonjol aksi hebat Chevrolet Corvette C6 ZR1

The Last Stand movie Filem The Last Stand tonjol aksi hebat Chevrolet Corvette C6 ZR1

Antara filem aksi menarik yang bakal muncul di pawagam dalam masa terdekat ini dan menjadi pilihan wajib saya ialah “The Last Stand” lakonan hero otai Arnold Schwarzenegger. [Read more...]

Fast Five ditayangkan 5 Mei 2011

Rasanya semua peminat filem aksi dari siri Fast & Furious sudah tahu tentang sekuel seterusnya yang berjudul Fast Five. Berita baiknya  filem itu akan ditayangkan di pawagan tempatan dan dibawakan khas oleh GSC mulai 5 Mei 2011. Iklan filem tersebut sekarang ni sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen.

p/s : Dah lama menunggu, tak sabar nak tengok.. icon smile Fast Five ditayangkan 5 Mei 2011

Trailer kedua filem Fast Five, kali ini lebih hebat!

 

Filem Fast Five akan ditayangkan pada 29 April 2011 di Amerika, tarikh tayangan di negara kita pula saya belum pasti. Harap-harap tarikh tayangannya adalah sama, dah tak sabar sangat nak tengok ni. Sekarang pihak penerbit Fast Five telah mengeluarkan trailer rasmi kedua filem tersebut, kali ini lebih best dari trailer yang pertama, menambahkan lagi rasa keterujaan untuk menontonnya.

Sumber : Autoblog

Trailer filem Transformer : Dark Of The Moon

Tak perlu diperkenalkan lagi, filem Transformer antara yang menjadi kegilaan di negara kita, jumlah kutipan tiket untuk Transfomer 1 dan 2 juga bukan main tinggi lagi. Tapi saya kurang menggemari jalan cerita Transformer, kerana skrip yang teruk dan tak logik, terlalu komersial sehingga mengabaikan nilai astetika serta jalan penceritaan. Filem Spiderman pertama dan The Matrix pertama antara filem yang menjadi kegemaran saya, terbaik walaupun sekadar filem aksi fiksyen.

Lupakan dulu jalan cerita buruk Transformer kerana filem tersebut masih boleh dimaafkan memandangkan asalnya adalah dari siri kartun khusus untuk kanak-kanak. Mujurlah ia diselamatkan oleh kesan khas yang memang mantap habis dan meletup sana-sini. Tapi paling menarik, teramat menarik apabila karakter Autobot yang dibangunkan se’real’ mungkin. Terasa teruja melihat kereta dan lori treler menjelma menjadi robot yang ganas menembak sana-sini..hehehe.

Filem ketiga Transformer bertajuk Dark Of The Moon akan ditayangkan tahun ini tetapi masih belum ada tarikh rasmi, namun trailer filem tersebut sudah keluar di YouTube, bila tengok memang best. Kali ini kereta apa pula yang akan menjadi hero selain Bumblebee?