Mercedes-Benz Labur RM100 Juta Lagi Untuk Kilang Di Pekan

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-10, melabur RM100 juta lagi untuk menaik taraf kilang pemasangannya di Pekan, Pahang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pelaburan berkenaan, yang akan bermula tahun ini, seiring dengan pengenalan model baharu dan akan bersedia ke arah memajukan kilang untuk memenuhi tambahan ini.

“Pada masa ini, kilang memasang kenderaan penumpang Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan C-Class,” Naib Presiden Kilang Produk Sebastian Streuff memberitahu pemberita demikian semasa melawat kilang itu di sini Jumaat.

Sejak 2004, syarikat melabur kira-kira RM250 juta di kilang berkenaan.

Terletak 300 kilometer dari Kuala Lumpur dan 40 kilometer selatan Kuantan, kilang itu juga memasang kenderaan komersial Mercedes-Benz dan Mitsubishi FUSO.

Streuff berkata sejak ditubuhkan di Pekan pada 2005, Mercedes-Benz Malaysia meningkatkan keluarannya dengan kukuh bagi memenuhi permintaan pasaran.

Sehingga April 2013, kilang mengeluarkan 29,084 kenderaan penumpang dan 15,174 kenderaan komersial, katanya.

Terletak di Taman Automotif di Pekan, kilang berkenaan terletak secara strategik dengan infrastruktur dan rakan pembuatan bersesuaian seperti DRB-Hicom dan Suzuki.

Syarikat berkenaan, yang mempunyai 1,200 pekerja, menubuhkan kilangnya untuk menjadi hab pemasangan bagi pasaran Malaysia.

Selain Malaysia, Mercedes-Benz juga mempunyai kilang di Brunei, Singapura dan Indonesia.

– BERNAMA

Mercedes-Benz A 45 AMG – model kompak pertama dikeluarkan oleh Mercedes-AMG

Mercedes Benz A 45 AMG 1 Mercedes Benz A 45 AMG   model kompak pertama dikeluarkan oleh Mercedes AMG

Mercedes-AMG terkenal dengan pengeluaran pelbagai model Mercedes-Benz yang ditala semula, namun ini merupakan kali pertama jenama berprestasi tinggi itu mengeluarkan sebuah model kenderaan kompak dalam sejarahnya yang melebihi 45 tahun. [Read more...]

Mercedes-Benz CLA-Class diperkenalkan dengan rasminya

Mercedes Benz CLA Class 1 Mercedes Benz CLA Class diperkenalkan dengan rasminya

Sebuah model coupe empat pintu terbaru keluaran Mercedes-Benz, CLA-Class telah diperkenalkan secara rasmi oleh pengeluarnya untuk tatapan umum, sebelum membuat kemunculan dunia di Mercedes-Benz Fashion Week di Berlin (15 ke 18 Januari 2013). Sebelum itu ia telah membuat penampilan awal di NAIAS 2013 di Detroit hari ini. [Read more...]

Peningkatan ‘facelift’ Mercedes-Benz E-Class terbaru

Mercedes Benz E Class 22 Peningkatan facelift Mercedes Benz E Class terbaru

Mercedes-Benz telah memperkenalkan versi naik taraf ‘facelift’ untuk model mewah E-Class, dengan membawakan enjin terbaru yang efisien, pelbagai sistem bantuan terbaru, dan paling menonjol ialah reka bentuk luarannya yang kini kelihatan lebih elegan. [Read more...]

Mercedes-Benz SLS AMG Coupé Black Series

The new Mercedes Benz SLS AMG Coupé Black Series 1 Mercedes Benz SLS AMG Coupé Black Series

Mercedes-AMG mempersembahkan SLS AMG Coupé Black Series yang diasaskan daripada model ‘gull-wing’ dan diinspirasikan daripada versi perlumbaan SLS AMG GT3. [Read more...]