(24 GAMBAR)Proton Saga SV, Apa Kata Anda?

saga155 640x424 (24 GAMBAR)Proton Saga SV, Apa Kata Anda?

Ternyata harga serendah RM33,438 membuatkan banyak pihak terfikir untuk membeli Proton Saga SV. Bersesuaian dengan harga rendahnya, SV adalah singkatan kepada Super Value. Dengan promosi bayaran serendah RM250 sebulan, adakah anda akan mempertimbangkan Proton Saga SV untuk dijadikan milik anda?

Proton Saga SV didatangkan dengan 6 warna pilihan iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver dan Blue Rock.   Harga RM33,438 adalah untuk varian gear manual (solid) dan RM33,888 untuk varian gear manual (metalik). Manakala untuk varian CVT harganya ialah RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metalik).

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 km. Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

saga5 640x424 (24 GAMBAR)Proton Saga SV, Apa Kata Anda?

Adakah Proton Saga SV akan menjadi pilihan anda sekiranya membeli kereta baru di masa hadapan? Lihat beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya sebelum anda membuat keputusan.

[Read more...]

Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

sv6 640x396 Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

Agak menarik dan menjadi perbualan hangat di kalangan pencinta kereta apabila Proton mengiklankan Saga SV dengan harga bulanan serendah RM250. Banyak pihak yang teruja dengan bayaran bulanan serendah itu dan ini merupakan satu strategi pemasaran yang sangat bagus daripada Proton.

Namun begitu, daripada apa yang kami baca, bayaran serendah RM250 ini hanyalah untuk tahun pertama sahaja. Tahun kedua dan tahun seterusnya, bayaran tersebut akan meningkat secara berperingkat. Untuk makluman lanjut, bolehlah ke bilik pameran Proton berdekatan anda.

Dengan pelancaran Proton Saga SV, Proton Holdings merancang untuk menuntut kembali status pengeluar utama negara di dalam tiga tahun.

“Proton telah meletakkan sasaran tiga tahun untuk kembali menjadi nombor satu di Malaysia,” kata pengerusi esekutif Proton Tan Sri Mohd khamil.

sv Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

Sabtu lepas, Proton telah melancarkan kereta mampu milik, dikenali sebagai Proton Saga Super Value (SV), dalam usaha menjana penjualan dan pasaran.

Khamil turut berkata, syarikat telah pun mula merancang untuk menghasilkan model bagi menggantikan Saga yang popular.

“Ianya sebuah model yang baru sepenuhnya,” jelas beliau selepas pelancaran Saga SV.

sv5 Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan
Khamil turut menjelaskan, disamping melancarkan model baru, Proton kekal komited dalam mengurangkan harga kereta tanpa menjejaskan keselamatan dan kualiti.

“Saya fikir ini (mengurangkan harga kereta) ialah usaha beterusan oleh kerajaan untuk memenuhi janjinya kepada rakyat.

“Kami mengekalkan nilai kejuruteraan, jadi walaupun harga rendah, kualiti serta keselamatan dan ciri-ciri ditambah baik,” kata beliau.

Khamil berkata Proton telah menyemak semula sasaran jualan Saga SV menjadi lebih dari 2,000 unit sebulan.

“Pada mulanya, sasaran jualan sebulan ialah 2,000 sebulan, tetapi melihatkan sambutan orang ramai, kami telah meningkatkannya menjadi lebih dari 2,000.”
sv2 640x423 Proton Saga SV Serendah RM250 Sebulan

Proton menyasarkan untuk menjual 80,000 kereta pada hujung tahun, yang mana mewakili lebih kurang 30 peratus dari pasaran.

“Saga Sv akan membantu meningkatkan jumlah jualan, turut meningkatkan pemdapatan Proton,” tambah beliau.

Proton, telah melancarkan Preve di Jakarta pada minggu lepas, juga bakal mengeksport Sga SV ke Indonesia pada masa hadapan.

Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438

Proton Saga SV Proton Lancarkan Saga SV Pada Harga RM33,438

PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.
[Read more...]

Proton Saga FLX+ Akan Dilancarkan Sabtu Ini?

Saga FLX 3 Proton Saga FLX+ Akan Dilancarkan Sabtu Ini?

Proton akan melancarkan variasi baru kereta sedan mereka iaitu Saga FLX+ pada Sabtu ini di Proton Edar Outlet Mutiara Damansara. Proton Saga FLX+ merupakan antara kereta yang telah dinilai oleh ASEAN NCAP (New Car Assessment Programme) dan telah dianugerahkan taraf tiga bintang dalam ujian ASEAN NCAP Februari lalu.

proton saga FLX+ Proton Saga FLX+ Akan Dilancarkan Sabtu Ini?

Anda juga boleh mendapatkan kereta ini pada potongan harga 10 peratus. Berdasarkan kenyataan Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, tawaran harga rendah bagi varian kereta Proton itu seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Proton Perkenal Harga Rendah Mampu Milik Sabtu Ini

preve 640x329 Proton Perkenal Harga Rendah Mampu Milik Sabtu Ini

Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton akan memperkenalkan varian terbaharu daripada salah satu model kereta syarikat berkenaan dengan harga rendah yang mampu milik, pada Sabtu ini.

Berkuat kuasa tarikh berkenaan, pembeli yang berhasrat untuk membeli kereta varian baharu itu boleh menikmati penjimatan harga lebih daripada 10 peratus.

Mengumumkan berita itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, tawaran harga rendah bagi varian kereta Proton itu seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.