Nissan telah menerbitkan beberapa keping gambar model konsep terbaru yang diberi nama INVITATION, bakal diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2012 tahun ini. Continue Reading »
Imej sebenar bahagian belakang Proton P3-21A
Semakin banyak pula imej-imej terbaru Proton P3-21A terdedah sejak kebelakangan ini, terbaru ialah imej seperti di atas yang menunjukkan bahagian belakang Proton P3-21A berwarna putih, sumber dari rakan blogger Funtasticko Design.
Menariknya, rekaan lampu belakang Proton P3-21A kini boleh kita lihat dalam keadaan yang hampir jelas sepenuhnya, kelihatan mantap dan sporty. Diharapkan selepas ini akan keluar lagi imej-imej yang menunjukkan keseluruhan badan Proton P3-21A dalam sudut yang lebih baik.
Smart fortwo 2012 baharu kini hadir dengan reka bentuk luaran lebih dinamik dan sporty berbanding model sebelumnya. Ianya merupakan sebuah model naik taraf (facelift) untuk sebuah model yang buat pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998. Setakat ini model kompak dua tempat duduk itu telah mencatatkan jumlah jualan melebihi 1.3 juta unit keseluruhan. Continue Reading »
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Arena Kereta. Ini merupakan update yang kedua berkenaan anugerah Social Media Awards 2012, mungkin juga yang terakhir. Pencalonan blog Arena Kereta dalam kategori Best Auto Blog nampaknya membuahkan hasil yang boleh dikatakan baik apabila terus unggul di tempat ketiga teratas.
Blog Arena Kereta kini berada di tempat ketiga, di belakang dua blog automotif terhebat Paultan dan Funtasticko Design. Untuk makluman hanya satu pemenang akan dipilih dalam setiap kategori, bermakna amat tipis peluang Arena Kereta untuk hadir ke majlis anugerah gilang-gemilang Social Media Awards 2012 yang diadakan di PWTC pada tarikh 16 Februari depan.
Di sini saya mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengundi blog Arena Kereta, di mana setakat post ini ditulis, Arena Kereta mendapat sejumlah 86 undi. Walau bagaimanapun, bagi yang ingin menambah jumlah undi terhadap Arena Kereta, anda masih ada masa satu hari lagi sebelum ianya ditutup secara rasmi esok.
Untuk mengundi Arena Kereta, anda boleh klik di sini : Social Media Awards 2012 – Best Auto Blog
Memperkenalkan sebuah model baharu sepenuhnya Fiat 500L, bakal membuat kemunculan rasmi pertama di Geneva Motor Show 2012 pada 6 Mac akan datang. L di sini bermaksud ‘Large’, merupakan tambahan kepada barisan model 500 sedia ada selepas versi Abarth dan Cabrio, sebagai salah satu strategi pemasaran jenama, juga bertujuan meluaskan pasaran dengan menawarkan pilihan segmen untuk pelanggan yang berbeza. Continue Reading »









