Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

ego7 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Sempena ulang tahun ke 50, Lamborghini telah melancarkan Egoista, sebuah kereta konsep untuk meraikannya. Egoista yang bermaksud “selfish” telah diilhamkan daripada helikopter Apache dan mempunyai rangka aluminium dan fiber karbon.  Egoista hanya boleh digunakan oleh seorang pemandu sahaja.

ego8 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Lamborghini Egoiesta dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang digunakan di dalam Lamborghini Gallardo. Sekali tengok, memang rekaan Egoista sangat unik dan mampu memikat hati para jutawan seluruh dunia sekiranya dibuka untuk jualan.

ego9 640x452 Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini

Lagi beberapa keping gambar Lamborghini Egoista dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

[Read more...]

Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

mazda3 640x442 Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

Mazda6 yang sudah pun berada di pasaran sememangnya menarik perhatian ramai. Rekabentuk yang bercirikan Kodo menyerlahkan lagi kehebatannya. Dan nampaknya generasi baru Mazda3 turut sama menggunakan Kodo sebagai asas di dalam rekabentuknya sekaligus menjamin mutu yang tinggi.

mazda5 640x439 Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan

Yang menarik perhatian ialah rekaan dalaman Mazda3 2015 yang nampak lebih moden dan canggih. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan kemunculan Mazda3 2015 di Frankfurt pada bulan September ini. Sama-samalah kita nantikan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

[Read more...]

Harga Suzuki Swift 1.4 CKD Diumumkan – GL RM66K, GLX RM74K

swift 640x423 Harga Suzuki Swift 1.4 CKD Diumumkan   GL RM66K, GLX RM74K

Berita baik untuk mereka yang sudah lama mengidam untuk mendapatkan kereta Suzuki Swift. Suzuki Malaysia Automobile telah mengumumkan harga untuk Suzuki Swift 1.4 A/T yang dipasang di Pekan Pahang. Harganya ialah RMRM65,888 untuk varian GL dan RM73,788 untuk varian GLX. Kedua-duanya ialah harga OTR tanpa insuran.

Untuk varian GL, pengurangan harga yang berlaku ialah sekitar RM10,000. Namun untuk varian GLX, penjimatannya sekadar RM2,000 sahaja. Namun untuk varian GL, kebanyakan ciri-ciri yang ada pada GLX telah dikurangkan dan ini pastinya mengecewakan bakal pembeli.

Suzuki Swift 1.4 CKD GLX mempunyai kawalan audio di stering, airbag di bahagian penumpang, keyless go dan push button untuk menghidupkan enjin, suhu kawalan secara kawalan, 16 inci rim dan retractable wing mirrors dengan indikator. Sementara Suzuki Swift 1.4 CKD GL hanya mempunyai kawalan aircond secara manual, satu airbag, 4 speaker (berbanding 6 di dalam GLX) dan 15 inci rim.

Agak banyak perbezaan di antara GL dan GLX. Adakah anda masih akan menjadi pembeli Suzuki Swift CKD ini? Pilihan terletak di tangan anda. Yang penting, kaji dulu sebelum melakukan sebarang pembelian.

Harga Volkswagen Polo GTI Kini RM152K-RM155K

gti2 640x480 Harga Volkswagen Polo GTI Kini RM152K RM155K

Berita baik untuk mereka yang mahu membeli Volkswagen Polo GTI. Harga kereta ini telah diturunkan kepada RM151,888 untuk varian 3 pintu dan RM154,888 untuk varian 5 pintu. Harga baru ini telah mnula berkuatkuasa sejak bulan April 2013.

gti 640x480 Harga Volkswagen Polo GTI Kini RM152K RM155K

Sebelum ini, harga Volkswagen Polo GTI ialah RM166,888 dan RM169,888 untuk setiap varian. Pengurangan harga sebanyak lebih daripada RM10,000 ini pastinya menarik lebih ramai pembeli untuk mempertimbangkan Polo GTI sebagai salah satu kereta baru mereka. Apa pula pendapat anda?

(13 GAMBAR)Peugeot 308 Generasi Kedua Baharu

peu2 640x426 (13 GAMBAR)Peugeot 308 Generasi Kedua Baharu

Yang dinanti-nanti telah pun tiba. Beberapa gambar Peugeot 308 generasi kedua telah pun tertiris ke Internet. Peugeout 308 baharu ini dijangka akan membuat kemunculannya di Frankfurt pada hujung tahun ini. Sekali imbas, Peugeot 308 baharu mempunyai rekabentuk yang lebih moden dan sesuai dengan peredaran zaman. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk melihat dan mengetahui harga Peugeot 308 baharu apabila ia dilancarkan kelak.

 

peu9 640x426 (13 GAMBAR)Peugeot 308 Generasi Kedua Baharu

Lagi 11 keping gambar Peugeot 308 baharu dengan membaca artikel ini sepenuhnya.  Apa pandangan anda mengenai rekaan ini?

[Read more...]