Citroen C4 baharu, sebuah lagi model menarik dari Eropah bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 16 Disember 2011. Merupakan model CBU yang diimport sepenuhnya, harga C4 ditetapkan sekitar RM125K dan dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi terkini.
Model hatchback kompak lima pintu itu menawarkan rekabentuk segar dan moden, dilengkapi enjin bersesaran 1.6 liter THP dengan kuasa 156hp@5,800rpm dan 240Nm@1,400rpm tork maksimum, seterusnya dipadankan dengan transmisi EGS enam kelajuan.
Untuk maklumat lebih lengkap, elok kiranya kita tunggu sehingga hari pelancarannya yang akan diadakan beberapa hari lagi.









