Motosikal Yamaha XJ6 Diversion yang diperkatakan bakal dipasang di dalam negara secara CKD dan menemui pelanggan pada akhir Julai akan datang, telah membuat kemunculan rasmi melalui minisite khas di dalam laman web Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, motosikal berkuasa tinggi serba boleh ini akan dijual dengan harga atas jalan RM40,647.50. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari minisite Yamaha XJ6 Diversion.
p/s : Thanks bro Hafis atas maklumat segera..





Recent Comments