Tidak dinafikan Nissan Juke-R begitu berkuasa hasil perpindahan enjin dan teknologi dari supercar GT-R. Tetapi adakah ia mampu mengalahkan supercar seperti Lamborghini dan Ferrari? Video yang dirakamkan di Dubai ini telah membuktikannya, tetapi saya agak sangsi sama ada ini perlumbaan sebenar atau sekadar strategi pengiklanan. Apa pun menarik untuk kita saksikan aksi sebenar Nissan Juke-R dalam klip video ini.
Karamjit Singh memang hebat. Tahun lepas dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 beliau memenangi kategori pacuan dua roda dengan jentera Satria Neo 1.6, seterusnya menghadiahkan Proton kemenangan dalam kategori pengeluar. Saksikan video YouTube di atas, ia bukan saja menunjukkan kehebatan Karamjit, malah jentera Satria Neo 1.6 2WD itu sendiri.
Lexus GS serba baru bakal dilancarkan
Lexus GS serba baru bakal dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Menurut maklumat di dalam laman web Lexus Malaysia, dua varian akan ditawarkan iaitu Lexus GS 250 dan GS 350, masing-masing dengan enjin 2.5 liter dan 3.5 liter.
Harga untuk Lexus GS 250 bermula dari RM379,873.00 sehingga RM426,043.00, ditawarkan dalam tiga varian seperti berikut; Lexus GS 250, Lexus GS 250 Luxury dan Lexus GS 250 F-Sport. Continue Reading »
Honda Civic 2012 baharu di pasaran Singapura
Honda Singapura sudah menayangkan model terbaru Honda Civic 2012 di dalam laman web utama mereka. Terdapat empat varian ditawarkan, ianya termasuk Civic Hybrid, Civic 1.6, Civic 1.8 dan Civic 2.0. Anda boleh lihat di sini dua keping gambar Honda Civic 2012 terbaru, model yang sama bakal dilancarkan di negara kita tidak lama lagi. Untuk pasaran Malaysia, tidak pasti sama ada versi 1.6 turut akan ditawarkan.
Produk terbaru BMW M Performance Automobiles telah dikemukakan, terdiri daripada empat model BMW M550d xDrive Sedan, BMW M550d xDrive Touring, BMW X5 M50d dan BMW X6 M50d. Enjin diesel enam silinder terbaru dengan teknologi M Performance TwinPower Turbo yang digunakan mempunyai kapasiti 3.0 liter (2,993 cc), menghasilkan kuasa 381hp@4,000-4,400rpm dan tork maksimum setinggi 740Nm@2,000-3000rpm.
Berdasarkan model semasa BMW, versi BMW M Performance Automobiles hadir dengan reka bentuk lebih sporty dengan menitikberatkan aspek prestasi dan pengendalian luar biasa. Di bawah berikut ialah sebahagian petikan daripada press release yang diterbitkan oleh BMW Group, teruskan bacaan anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut : Continue Reading »










