Toyota Racing yang berpengkalan di Toyota Motorsport GmbH (TMG) di Cologne, Jerman baru-baru ini telah mendedahkan jentera terbaru mereka untuk bersaing dalam perlumbaan FIA World Endurance Championship 2012.
Cabaran pertama akan berlangsung pada 5 Mei dalam perlumbaan Six Hours of Spa-Francorchamps, pusingan kedua FIA World Endurance Championship. Kemudiannya penyertaan diteruskan lagi dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours pada 16-17 June. Untuk pusingan seterusnya, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Continue Reading »











