Proton memanggil semula Proton Gen2 dan Satria Neo untuk pembaikan

Capture1 Proton memanggil semula Proton Gen2 dan Satria Neo untuk pembaikan

Kepada semua pemilik kereta Proton Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan dari tahun 2004 sehingga 2008, dimaklumkan bahawa Proton telah memanggil semula semua unit kereta tersebut untuk pemeriksaan dan pembaikan. Kerosakan yang dikesan melibatkan komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’. [Read more...]

Toyota Hilux 3.0G dilancarkan – lebih kuasa, harga RM106,000.00

dsc 0763b 770 Toyota Hilux 3.0G dilancarkan   lebih kuasa, harga RM106,000.00

[Read more...]

Proton berharap kerajaan menimbang dasar ELV dalam Bajet 2011

Logo Proton Proton berharap kerajaan menimbang dasar ELV dalam Bajet 2011Menjelang Bajet 2011 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pada 15 Oktober 2010, Proton berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan semula dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Hasrat Proton tersebut dapat difahami kerana pelaksaan dasar ELV sebelum ini menguntungkan Proton apabila jumlah jualan kenderaan Proton meningkat dengan mendadak kesan pelaksanaannya. Sama ada hasrat Proton itu akan diterima kerajaan atau tidak, kita akan mengetahuinya apabila Bajet 2011 dibentangkan di parlimen nanti. [Read more...]

Lotus : ‘Bagaimana kami akan melakukannya’

Lotus CEO Dany Bahar Design Studio 4 Lotus : Bagaimana kami akan melakukannya

Lotus telah mengejutkan dunia permotoran antarabangsa di Paris Motor Show 2010 dengan mempamerkan 6 model konsep terbaru yang bakal memasuki ruang pasaran jenama terkenal lain seperti Aston Martin, Porsche dan Ferrari. Kebanyakan pesaing mempunyai pandangan skeptikal yang agak keterlaluan terhadap kemampuan Lotus, jadi Steve Cropley dari Autocar.co.uk telah bertemu CEO baru Lotus, Danny Bahar untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan bagaimana Lotus akan merealisasikan rancangan radikal mereka. [Read more...]

Renault Zoe Preview – kereta elektrik yang comel

702210714966694793 Renault Zoe Preview   kereta elektrik yang comel

Bilakah agaknya kereta elektrik akan berada di atas jalan raya di negara kita? Rasanya mungkin tahun 2012 nanti kita akan melihat kereta elektrik sebenar mula menjadi trend terbaru memandangkan sudah terdapat beberapa model konsep kereta elektrik yang dipamerkan dengan reka bentuk menawan. Antaranya ialah Renault Zoe Preview yang telah membuat penampilan pada Paris Motor Show 2010. [Read more...]