Ford Malaysia baru-baru ini pada tarikh 28 Jun 2012, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur, telah melancarkan Ranger serba baru yang menjadi pendahulu kenderaan setarafnya di Malaysia.
Ford Ranger serba baru mentakrifkan semula segmen trak pikap kompak dengan memperlihatkan gandingan keteguhan dan keupayaan trak pikap dengan teknologi pintar, keselamatan luar biasa, penjimatan minyak cemerlang dan tahap piawaian kualiti dan keselesaan yang tinggi.
Model Ranger serba baru yang boleh didapati di Malaysia dilengkapi sama ada dengan enjin diesel Duratorq TDCi 2.2L Geometri Boleh Ubah (VG) Turbo dengan transmisi automatik (6-AT) atau transmisi manual (6-MT) enam kelajuan atau enjin diesel Duratorq TDCi 3.2L VG Turbo 6-AT.
Dengan rangkaian kuasa baru dibina dan transmisi enam kelajuan baru, Ranger serba baru memastikan penjimatan minyak terbaik di antara kenderaan setaraf, dan pengalaman memandu yang lebih senyap dan unggul. [Read more...]






Recent Comments