Honda City untuk pasaran tempatan kini hadir dengan varian terbaru VA, ditawarkan pada harga RM93,480.00 OTR termasuk insuran. Model tersebut dilengkapi enjin SOHC i-VTEC 1.5 liter dengan kuasa 120ps dan tork maksimum 145Nm, sama seperti yang didapati pada varian terdahulu Grade E dan Grade S. [Read more...]
Akan datang Honda City baharu
Honda Malaysia telah mengeluarkan ‘teaser’ berkenaan model terbaharu City yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kalau tak silap saya Honda City baharu hanyalah model ‘facelift’ seperti mana yang dilancarkan di Thailand sebelum ini.
Honda City versi naik taraf dilancarkan di pasaran Thailand
Di pasaran Thailand, model sedan kompak Honda City telah mendapat versi naik taraf terbaru melibatkan beberapa bahagian, antaranya termasuk bampar depan dan belakang, jeriji depan baharu dan lampu kombinasi belakang rekaan baharu. Bahagian dalam memperlihatkan meter penunjuk ECO baharu dengan paparan lampu berwarna biru.
Di dalam laman web Honda Malaysia masih belum terdapat pengumuman awal berkenaan versi naik taraf City untuk pasaran tempatan, namun sudah pasti ia akan menyusul tidak lama lagi. Berdasarkan foto dan klip video di atas, adakah anda berpendapat Honda City versi naik taraf (facelifted) baharu kini hadir dengan rupa paras lebih menarik?
Honda Malaysia beri peringatan pemasangan tali keledar percuma untuk model City 2003-2005
Honda Malaysia telah membuat pengumuman rasmi dan peringatan kepada semua pemilik Honda City dari tahun 2003 sehingga 2005 untuk segera memasang tali keledar tengah di tempat duduk belakang secara percuma. Semua pemilik Honda City yang terlibat boleh berkunjung ke mana-mana pusat servis 3S Honda di seluruh negara untuk berbuat demikian.
Setakat ini menurut pihak Honda Malaysia, masih ramai pemilik Honda City belum memasang tali keledar tengah di tempat duduk belakang, dan mereka kini mempunyai masa kurang dari enam bulan untuk berbuat demikian. Penguatkuasaan peraturan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang belakang akan dilaksanakan mulai Januari 2012. Penumpang belakang yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM300.00.
Kerajaan sebelum ini telah membuat peraturan semua kenderaan yang didaftarkan mulai 1 Januari 1995 dan ke atas diwajibkan memasang tali keledar untuk penumpang di bahagian kerusi belakang. Kempen berkenaan telah dilakukan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sejak Jun 2008 dan tempoh pemasangan dilanjutkan sehingga 3 tahun mulai Januari 2009 sehingga 31 Disember 2011.
p/s : Bukan saja pemilik Honda City, pemilik kenderaan lain yang turut terlibat perlu mengambil inisiatif segera memasang tali keledar di bahagian tempat duduk belakang. Jangan berlengah lagi kerana masa yang ada kini tinggal kurang dari 6 bulan. Tapi biasalah, orang Malaysia ni suka ambil apa-apa tindakan di saat-saat akhir, masa kelam-kabut nanti macam-macam alasan yang diberikan.





Recent Comments