Honda Malaysia lancar Freed facelift terbaru

New Honda Freed 1 Honda Malaysia lancar Freed facelift terbaru

Pada penghujung Januari 2013 yang lalu Honda Malaysia melancarkan versi facelift terbaru Honda Freed, yang kini menerima pelbagai peningkatan lebih menarik di bahagian luaran dan dalaman. [Read more...]

Varian baharu Honda Freed S pada harga RM99,800.00

All New Honda Freed 2 Varian baharu Honda Freed S pada harga RM99,800.00

Honda Malaysia telah menambah varian baharu kepada model mpv bersaiz kompak Honda Freed dengan pelancaran varian Honda Freed S yang ditawarkan pada harga lebih rendah, hanya RM99,800 (harga atas jalan termasuk insuran). Varian semasa Honda Freed Grade E dijual pada harga atas jalan termasuk insuran sebanyak RM113,493.50.

Tiada perbezaan ketara berkenaan unit penjana kuasa pada Freed S, di mana ia masih dibekalkan enjin i-VTEC SOHC bersesaran 1.5 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 118ps dan tork maksimum 146Nm, dengan ciri ‘Shift Hold Control’ dan ‘Grade Logic Control’ untuk lebih prestasi. Enjin sebaik itu turut dibekalkan ciri ‘Active Lock-Up System’ untuk rasa pemanduan yang lebih baik dengan kemampuan memendekkan masa pertukaran gear untuk memastikan tahap pecutan lebih responsif.

Sistem transmisinya pula merupakan jenis automatik 5-kelajuan dengan tambahan ciri DBW (Drive By Wire) yang memberikan tahap penjimatan bahan api dan pecutan yang lebih baik. Bagi memberikan lebih kelancaran kepada pemandu ketika membelok dalam sudut yang sukar atau ketika membuat pusingan U, radius belokan Freed S dicatatkan pada angka sekecil 5.2 meter. [Read more...]

Honda Freed – Mini MPV berharga RM112,980.00

Brilliant White 770 Honda Freed   Mini MPV berharga RM112,980.00

Honda Freed dilancarkan oleh pembuat kereta terkenal dari Jepun iaitu Honda sejak tahun 2008. Generasi pertama Honda Freed dibina menggunakan platform yang dikongsi bersama Honda Jazz. Pada 21/3/2009, Honda Freed telah dilancarkan di Indonesia, negara kedua ianya dijual selepas Jepun. [Read more...]

Honda Freed Spike

01 Honda Freed Spike

Honda Motor Co., Ltd. telah menjual MPV sederhana mereka (compact multi wagon) yang terbaru di Jepun iaitu Honda Freed Spike bermula 9.7.2010. Di negara kita, beberapa bulan lepas Honda Malaysia telah melancarkan model Honda Freed yang diimport CBU dari kilang Honda di Indonesia. [Read more...]