Perodua Myvi 1.5 baharu telah mengubah serba-sedikit persepsi aku terhadap generasi kedua model terlaris dari Perodua itu. Myvi 1.3 Lagi Best kurang mendatangkan keterujaan kerana terdapat beberapa kelemahan ketara. Secara peribadi, antara kelemahan-kelemahan yang agak ‘spoil’ bagi aku yang pada Myvi Lagi Best ialah saiznya yang dikecilkan sedikit sehingga mengurangkan keluasan bonet belakang, peningkatan harga yang dirasakan tidak sepatutnya berlaku, malah masih menggunakan enjin lama 1.3 liter, sesuatu yang sukar diterima.
Jadi apabila Perodua mengeluarkan generasi seterusnya Myvi baharu dengan tagline “Lagi Power, Lagi Best”, memang kena sangat dengan apa yang diheboh-hebohkan tu. Aku puji Perodua kerana berani berubah. Enjin 1.5 baharu walaupun asalnya dari model Alza, adalah satu pilihan yang tepat lagi bijak apabila dimasukkan ke dalam ruang enjin Myvi baharu. Ini baru betul-betul Myvi baharu, bukan setakat ditukar lekuk-lekuk rekaan luaran dan papan pemuka baru sahaja, yang penting adalah enjin baru lebih berkuasa.
Kelmarin, aku telah membuat lawatan rasmi ke bilik pameran Perodua dan meneliti sendiri dari segenap sudut kedua-dua varian Myvi 1.5 baharu, iaitu Myvi Extreme 1.5 dan Myvi SE 1.5. Di situ terdapat dua buah Myvi Extreme (auto) berwarna kuning (unit test drive) dan hitam dipamerkan, manakala unit SE 1.5 yang dipamerkan merupakan versi manual berwarna kuning. Sekali pandang, fuhh, meleleh beb. Bodykit luaran sungguh membuatkan aku berkenan di hati, paling best dah tentu varian Extreme. Nampak garang, sporty, ranggi, kelihatan laju walaupun masih belum bergerak.
Warna kuning aku rasa akan menjadi pilihan ramai pelanggan nanti, sama seperti warna oren pada model Myvi SE generasi terdahulu. Tapi warna hitam pada unit Extreme yang aku tengok tu pun apa kurangnya, mantap siot! Antara Myvi Extreme dan SE, aku berminat untuk memiliki versi SE 1.5 manual, biar ada ‘feel’ perlumbaan sikit bila memecut laju di jalan raya. Lagi pun itu harga paling murah ditawarkan oleh Perodua, hanya RM50,900.00 sahaja (OTR termasuk insuran).








Recent Comments