KUALA LUMPUR (9 Oktober 2012) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan siri pameran bergerak dan sesi uji pandu ke seluruh negara untuk mempamerkan sedan global paling laris Nissan, Nissan ALMERA serba baru. [Read more...]
Nissan Almera serba baharu kini diperkenal secara rasmi di Malaysia
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mempamerkan model terbaharu dalam sedan segmen B, Nissan Almera dalam satu pratonton eksklusif kepada media di Pavilion, Kuala Lumpur. Nissan Almera akan diperkenalkan pada suku keempat 2012. Ia merupakan model pemasangan komponen terurai (CKD) yang bakal dipasang di Malaysia, iaitu di kilang Tan Chong yang terletak di Serendah. [Read more...]
Harga Nissan Almera didedahkan, hanya RM70K??!!
*Gambar berkenaan promosi harga Nissan Almera di Malaysia terpaksa dibuang atas permintaan dari pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) yang telah menghubungi saya semalam (12/07/2012). Untuk maklumat lanjut, sila baca post terbaru di sini.
Maklumat yang saya tulis sebelum ini menyebut tentang kemungkinan pelancaran Nissan Almera yang akan diadakan pada bulan September 2012. Terkini, harga model sedan serba baharu edaran ETCM itu telah didedahkan melalui sekeping gambar seperti di atas, agak menarik kerana harga yang ditawarkan sebanyak RM70K adalah kompetetif dan mampu bersaing dengan model lain.
Sama ada maklumat harga tersebut sudah dimuktamadkan atau pun tidak, saya percaya ETCM akan menawarkan Nissan Almera pada harga yang cukup berdaya saing.
Nissan Almera @ Sunny bakal dilancarkan pada September 2012?
Anda sudah melihat beberapa keping gambar spyshot Nissan Almera, atau dikenali juga dengan nama Nissan Sunny yang berjaya dirakamkan sebelum ini. Persoalannya kini ialah bilakah Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan melancarkan model tersebut di pasaran Malaysia? [Read more...]



Recent Comments