Agak menarik dan menjadi perbualan hangat di kalangan pencinta kereta apabila Proton mengiklankan Saga SV dengan harga bulanan serendah RM250. Banyak pihak yang teruja dengan bayaran bulanan serendah itu dan ini merupakan satu strategi pemasaran yang sangat bagus daripada Proton.
Namun begitu, daripada apa yang kami baca, bayaran serendah RM250 ini hanyalah untuk tahun pertama sahaja. Tahun kedua dan tahun seterusnya, bayaran tersebut akan meningkat secara berperingkat. Untuk makluman lanjut, bolehlah ke bilik pameran Proton berdekatan anda.
Dengan pelancaran Proton Saga SV, Proton Holdings merancang untuk menuntut kembali status pengeluar utama negara di dalam tiga tahun.
“Proton telah meletakkan sasaran tiga tahun untuk kembali menjadi nombor satu di Malaysia,” kata pengerusi esekutif Proton Tan Sri Mohd khamil.

Sabtu lepas, Proton telah melancarkan kereta mampu milik, dikenali sebagai Proton Saga Super Value (SV), dalam usaha menjana penjualan dan pasaran.
Khamil turut berkata, syarikat telah pun mula merancang untuk menghasilkan model bagi menggantikan Saga yang popular.
“Ianya sebuah model yang baru sepenuhnya,” jelas beliau selepas pelancaran Saga SV.

Khamil turut menjelaskan, disamping melancarkan model baru, Proton kekal komited dalam mengurangkan harga kereta tanpa menjejaskan keselamatan dan kualiti.
“Saya fikir ini (mengurangkan harga kereta) ialah usaha beterusan oleh kerajaan untuk memenuhi janjinya kepada rakyat.
“Kami mengekalkan nilai kejuruteraan, jadi walaupun harga rendah, kualiti serta keselamatan dan ciri-ciri ditambah baik,” kata beliau.
Khamil berkata Proton telah menyemak semula sasaran jualan Saga SV menjadi lebih dari 2,000 unit sebulan.
“Pada mulanya, sasaran jualan sebulan ialah 2,000 sebulan, tetapi melihatkan sambutan orang ramai, kami telah meningkatkannya menjadi lebih dari 2,000.”

Proton menyasarkan untuk menjual 80,000 kereta pada hujung tahun, yang mana mewakili lebih kurang 30 peratus dari pasaran.
“Saga Sv akan membantu meningkatkan jumlah jualan, turut meningkatkan pemdapatan Proton,” tambah beliau.
Proton, telah melancarkan Preve di Jakarta pada minggu lepas, juga bakal mengeksport Sga SV ke Indonesia pada masa hadapan.





Recent Comments